Wednesday, October 28, 2009

Cemerlang gila

Setiap kejadian ada hikmahnya...betui larr turr ,kadang-kandang kita sendiri tak perasaan yang kita alami pekara semacam ini tak terkecuali larr kat aku sendiri...Mana tak nyerr,sejak motor aku kena curik ari turr aku kena nek keta larr pi keja,tur sepasai dan kena lak pi awai lak turr ...yang turr bukan apa,pasainya aku dok kat area butterworth keja pulak kat bayan lepas(penang island) terpaksa larr merentasi jambatan turr..


Bagi mengelakkan jem terpaksa larr keluaq umah awai .Aku punya target at least 6.45am mesti sampai kat Tol kalau lambat 2-3mint menahas aku...Jeeeeeemmmmmm lar jawapnya


Kalau ampa boleh nampak ,cuba tengok attandance aku semua clock in kul 6 lebih jerr,my personal best 6.51am..tak pernah aku buat sepanjang karier pekerjaan ..masuk keja kul 8am kul 6.51am dah sampai dah...gila cemerlang ni

Ni gambaq time jambatan tengah di ubahsuai

Pada rakan2 diluar sana kalau sapa nak juai motor ,koling2 larr aku...

Tuesday, October 27, 2009

Noodle Station

Anda pernah ke Noodle Station?
Minggu lepas baru ja aku pi sana..tempat ni menawarkan pelbagai jenis makanan berunsurkan mee (koay teow n mee hoon pun ado)..

Dekorasi dalaman pun agak menarik jugak ,siap pakai lampu ayam lagi kononnya nak bagi suasana romantik sket larr
Ari tu aku order koay teow jerr..



Dengan ayaq teh hazelnut...
Boleh tahan jugak rasanya tapi masih tak bley challenge char koay teow Sg. Dua lagi larr (kalau nak makan koay teow penang)

Thursday, October 22, 2009

Mornin...

Nothing better than morning coffee
Mai secawan

Wednesday, October 21, 2009

Save a tree

Walaupun keja dalam production tapi still enviroment friendly...


Okay dak??!!

Tuesday, October 20, 2009

Makin Mantop...

Semenjak kehilangan moto ni ,pengangkutan utama aku ialah keta kanchill ..maka dengan itu kena lah aku baikpulih serba sedikit keta ni supaya keupayaan keta meningkat...

Boleh dikatakan keempat2 absorber keta dah tak bley pakai ..hancusss...

Penukaran kepada penyerap hentak boleh laras(adjustable absorber larr turr)..

Alang2 tukar absorber,tukaq skali tayar..tayar dah macam tayar GP(abis bunga)

Hatta ..aktiviti mingguan pun kena tambah...cuci keta!

Kadang-kadang polish...

(buat iklan free jap)


Dua gambaq terakhir ni saja nak tunjuk kekilatan bumbung keta...heheheheh

Friday, October 16, 2009

Bila aku p makan McValue:Part 2

Sekali lagi aku p McD pasai benda alah ni ....

Kali ni depa offer kaler charcoal and green...pasai pa kaler purple tak kluaq lagi ni...argghh

Charcoal ni aku punyo...ok gak kaler ni

Yang ni En Zameer(mat kacang) punyo ...



Jamuan Hari Raya: Desa Sena

Pada 10/10/09 baru ni Taman Desa Sena telah mengadakan majlis jamuan hari raya.Aku adalah outsider yang dijemput untuk memeriahkan lagi majlis..aku dijemput pasai kerap dok pi main futsal sekali ngan depa(geng2 veteran larr)

Majlis dimulakan ngan tahlil di ketuai oleh Ustaz Asri



MC pada malam itu ialah En. Min yang mana telah MC(medical certificate=cuti sakit) pada siang hari nyer..huahahaha

Juadah yang disediakan,diceritakan bahawa semua juadah ini adalah hasil kerjasama serta gotong royong penduduk desa sena

Selain En. Min ,Abg Pian bertindak sebagai juru acara dibantu beberapa kanak2 yang meningkat besaq..

Akhirnya dapat jugak aku rasa juah kacang raya kali ni ,ari tu pi umah musliha takda lak kuah kacang...


Sapa lagi yang lebih meriah kalau bukan budak2..lihat saja keletah depa


Bidadari syurga??!!



Setiausaha penduduk(baju putih) pun turun padang cuci pinggan


Kalau setat pun gotong royong ,so abis pun gotong royong gak larr..baguih betui penduduk kawasan ni..tahun depan jemput larr lagi

Wednesday, October 14, 2009

Futsal For Fitness

Ari jumaat antara ari yang paling aku suka sekali pasai keja pun rasa cam half day and paling ditunggu2 iaitu malam arinya (bukan malam jumaat seperti yang ampa fikirkan..)heheheh
Pada jumaat malam aku and the geng akan berkumpul main futsal daa..futsal/bolasepak antara kegilaan aku sejak kecik lagi kalu ampa suma perasan kat profil ,aku tak menyatakan ia sebagai hobi or interest aku ..pasai ianya dah jadi sebahagian dari aktiviti wajib dah pun...

Sebelum main wajib larr wat warm up dulu satg cedera pulak tak tentu pasai..
warming up kat tepi padang seperti ditunjukan oleh mat kacang(Zameer)

Sebenarnya dah lama aku nak wat entry ni tapi selalunya tak dapat pasai aku kena main dulu ,pastu dah main tak kluaq lak turr...kebetulan kali ni aku dah main ngan geng len and geng aku main kendian so leh larr aku rest jap tengok depa main sambil2 turr leh snap 7-8keping gambaq




player tengah tunggu turn berehat tepi padang...


Sambil2 turr mengambil udara segar(amek power)

Tunggu penuh sabarr


Same team difference jersey...glory..glory..glory


Antara penyeri and pembakar semangat malam turr...phewiiittt...


Kepada sapa2 nak join kami sila hadirkan diri pada setiap jumaat malam kul 11malam di best bola-bola,mak mandin....