Wednesday, July 28, 2010

Mee goreng ala-ala 'mamak'...Edisi JJCM

Satu lagi edisi Jalan-Jalan Cari Makan kat Penang..

Banyak gak tempat yang menyediakan makanan seperti ni kat Penang ni tapi tak semuanya sempoi...

makanan yang aku maksudkan ialah mee,koy teow or bihun goreng ala-ala 'mamak'..Chef masih mengekalkan penggunaan kayu arang sebagai bahan bakar mungkin turr menyebabkan masakan lebih sedap...

Ini adalah antara gerai terbaek selain Mee sotong padang kota dan mee pichay Sungei nibong <-mereka2 yang dudok Penang sure tau tempat yang aku nyatakan tadi
Kalau anda datang ke Penang jangan lupa mencuba sure menangis punya ..memang takan jupa kat tempat lain masakan camni...kat mana? gerai ini terletak disebelahan Pejabat Pos Jelutong,waktu perniagaan ialah selepas Zohor waktu tempatan....

dulu time dok kat KL setiap kali balik mai Penang dan balik pi KL sure pekena mee goreng kat sini dulu baru balik kalau tidak teringat plak..rasa cam rugi lak...

Info:15tahun dulu harganyerr RM1.00 jerr tahun lepas dah RM3.00 then sekarang ni RM3.50

Wednesday, July 21, 2010

Berita baek untuk lelaki..dah macam iklan pulak

Paparkan kali ini akan memaklumkan pakar dan panel pysho aku..
Ni larr orang nyerr kalau setiap kali kecederaan kaki berlaku..dan kat sini jugak larr jerit pekik aku akan kedengaran...adat larr turr setiap kali terpelecok,terseliuh,patah or dislocate tulang temulang dan sistem saraf..memang sakit dowh...
tapi kat sini tukang urutnya amat gentle orangnya...sungguh berhati2 dan berperikemanusia,sakit turr memang sakit tapi dengan pengalaman dan teknik yang betui anda tidak akan terasa sangat kesakitan turrr
apa yang membezakan ngan tukang urut yang lain beliau memulakan mengurut dari tapak kaki serta memakai glove bagi memastikan keselesaaan pelanggan..sedap larr rasanya..katanya tapak kaki ada banyak point untuk check sistem saraf seluruh badan so kat situ beliau buleh mengagak kebarangkalian penyakit yang akan dihadapi oleh pesakit.

Selain turr pada yang berminat ngurut seluruh badan ala2 spa pon buleh mendapatkan perkhidmatan kat situ...anda pasti puas,selalunya kat tempat lain 20-30minit skali urut tapi kat sini 1-2jam sekali urut..perkhidmatan urut ini hanya dijalankan diwaktu malam sahaja dan satu2 malam hanya 3 orang(max) ja dibenarkan diurut(ya larr sekali urut 2jam takan nak amek sampai 10 orang kot)

jika anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan sila mesej je kat 0174631385(Shaidan @ 'Pak Dan') untuk wat booking..tak perlu pulut kuning or ayam madu hanya derma ikhlas dari anda ...perkhidmatan ini terletak di kawasan Tasek Glugor,Butterworth.

Monday, July 19, 2010

pergi yang tak kembali...

Dengan termenterainya pengesahan tukar hakmilik kendaraan oleh pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan,maka sah larr kanchill ini bakal jadi milik orang lain...
Hampir dua tahun aku guna keta ni dari keta kosong tadak apa sampai lar ke penukaran tranmisi otomatik berenjinkan dahaitsu mira model L5...complete set bodykits,dashboard,kusyen dan rims L5...
Sayang turr memang larr sayang tapi mungkin jodoh kami hanya setakat ini sahaja,semoga pasni kanchill akan berjasa pulak untuk orang len...khidmatnya sangat diperlukan oleh masyarakat...hurrmmm....1st entry kat blog ni pon adalah berkisar tentang kanchill,apa bley buat jodoh tak kesampaian
Jual beli keta ni dah memang jadi kebiasaan kehidupan aku ,memang tak penah steady ngan satu2 jenis keta turr ..kanchill ni larr paling lama pon..so pasni nak pakai keta apa lak or beli bas rapid pulak kot ramai sket leh nek..amacam ok dak??!!

Thursday, July 15, 2010

aku dah tobat

Kenapa ini sering terjadi padaku...

Masuk kali ni dah 7 kali kaki aku terkepak akibat bermain futsal...time kena turr tak larr sakit sangat tapi time ngurut turr yang sakit ya amat...sampai menyenget badan2 bila kena urut ,memang aku tak tahan dowh...

dan setiap kali terjadi pasti aku akan menyesal dan tobat tak mau main dah ..bila dah baek lain pulak jadinya...

Tuesday, July 13, 2010

world cup akhir

Niat di hati turr nak tengok live kat Johanesburg soccer city tapi memandangkan tiket pon dah abes dan Air Asia pon tak wat penerbangan direct kat sana so terpaksalah membatalkan hasrat turr..

maka jadinya tepaksala menyaksikan kat sini iaitu restoran Route 69,juadah istimewa malam turr ialah 'paul'sotong masak kicap dan goreng kunyit..memang mendapat sambutan hangat lebih2 lagi dari penyokong2 German,Argentina dan England...

Selain turr ada jugak persembahan artis,artis mana pon aku tatao tapi menarek jugak larr...sambil disulam ngan pemberian hadiah cabutan bertuah serta peraduan tekan kacang dalam balang..

Pelbagai peringkat umor datang memeriahkan majlis..dan pelbagai gaya dan rentak jugak ditampilkan

Sedar tak sedar jam dah pon 2pagi ntah camna aku maseh kat situ,mungkin jugak disebabkan ke'happenin'gan sangat kat situ serta ramai aweks2 yang berhimpun membuat aku maseh terpaku disitu...

2.30pagi - suasana bertukar lebih agresif maklum larr perlawanan dah mula walaupon kedua2 pasukan turr tiada kena mengenakan ngan kami tapi disebabkan dah gelarr bola turr keadaan menjadi begitu meriah...

Dan akhirnya pertandingan dijuarai oleh..Espana .. kul 5.30pagi waktu tempatan baru game abess

Friday, July 9, 2010

Farewell

Febuari 2001 hingga Jun 2010 adalah suatu jangka masa yang agak lama,kalau tunggu setahun lagi dah tentu dapat 10years service award..

Kenapa dengan tarikh turr???..owh turr sebenarnya adalah tarikh beliau sign in keja dan sign out of this company...Beliau yang dimaksudkan turr adalah boss aku,orang yang bertanggungjawap meng'offer'kan aku kembali ke kancah automation industri..offer yg berlipat ganda sapa tamao kan...

Ari turr ari yang nak kata ceria tak ceria,sedey tak sedey kitaorang organize majlis farewell lunch untuk beliau..

apa2hal bergambaq dulu sebelum makan...

Menu utama kari kepala ikan ,dah kedai turr nama Pen-Mutiara curry house dah tentu menu turr yang paling spesel...

time nak makan pon bergambaq sket...

meja sebelah memang tak heran dah ,lauk dah mai tunggu apa lagi...

fuhhh..kuah dia pekat,likat,melekat....terbaek!!

hampir lincin...sedap sangat larr turr

bila dah pas makan baru larr bley berdiri dengan gagah

dan bergambaq lagi tanda kenyang...

Group foto...kenangan bersama our ex-manager kami iaitu Mr. HL Cheah yang jugak baru menimang seorang cahaya mata..thank alot for your guidance and coorperation,thanks bro..<--aku ngan dia cakap bro-bro ajerr,gelarr sportin dia ni