Friday, June 25, 2010

Beach BBQ..Part 3

Sambungan dari part 2...

Hari yang gelap kini sudah terang..lalalala...sebenarnya tiada apa yang berlaku kepada diaorang yang bangun lambat turr,sungguh mulia hati korang semua tidak mengambil kesempatan langsung dikala berkesempatan...
Aktiviti yang tak pernah dilupakan..makan pagi ni disediakan oleh aku,kakak and cik za...terima kasih kepada kami

Walaupun hanya ber'breakfast' roti ,scramble eggs,omelette,sandwich,bihun goreng,puding,roti jala and teh 0 mereka begitu berselera sekali menjamahnya..sekali lagi terima kasih kepada kami..

Setelah kembali bertenaga masing2 ke pantai untuk aktiviti senamrobik dikepalai oleh Ben..hang buat jurus apa turr...gaya meneran agaknya

tak sah kalau dah senamrobik tanpa chicken dance,gambar diatas ni bukan time chicken dance tapi gambar tengah terima hukuman..hukumannya berdiri satu kaki...

Pengaruh Fifa World Cup menular merata2..game seterusnya adalah Futsal,asalnya nak main kat beach tapi sun block semua orang dah abis ,so terpaksa ubah venue ke tempat yang lebih redup...kata pegi beach kena panas sket pun tak leh ka... :/


Setelah berhempas pulas menjayakan futsal ,kami diajak bermain permainan ala2 amazing race..clue diatas ni "orang sering melepas hajat disini ,aku berbau busuk dan kadangkala orang gelarkan ku rumah kecik"...riuh rendah teluk bahang ketika turr,cukup meriah

sessi penyampaian hadiah kepada pasukan yang menang daripada pasukan yang kalah..Ben hang kalah lagi ..

Dan Lucky draw lagi,aku heran betui banyak sungguh lucky draw..bayangkan korang bayar RM40 korang dapat penginapan tepi laut,dapat makan pelbagai makanan,dapat hadiah,dapat lucky draw lagi,dapat bergambar..memang berbaloi

Sessi makan maggi,ni memang tadak dalam jadual

Suatu benda yang paling leceh ketika turr adalah tunggu turn untuk mandi,pasainya bilik mandi hanya ada satu untuk kami 19 orang...

kalau ikut dalam jadual ialah sessi bergambar....kaum lelaki mengambil tempat dahulu

Diikuti kaum hawa..manis2 semua

Aktiviti diakhiri dengan acara makan besar..time ni amat menyedihkan masing2 akan membawa haluan masing pasni,bila pulak nak bertemu semula..tapi aku sebenarnya bukan sedih pasai turr ,aku sedih sebab time ni game world cup dah nak setat dah tapi aku masing kat situ lagi..woi bila mau balik ni...

Special thanks untuk diaorang ni,mereka sanggup datang dari jauh mungkin semata2 kerana perlawaan kami anyway korang memang sempoi..maaf larr terpaksa dibelenggu ngan aktiviti2 kami turr ..next time korang mai kami bawak pi jalan2 pulak na..kita pekena laksa jangguih
Disini jugak aku memohon maaf dikala Event turr terdapat sebarang ketidakpuasan hati maklum larr kita hanya manusia biasa <--ayat tak bley blah..ok kita jupa lagi,keep in touch

5 comments:

baby love said...

sy suka encik own pnye blog, sgt menarik. sronok dibaca ketika xde keje..hehe. thanks invite ktorg join u all pnye BBQ, sgt best!! nxt time ktorg dtg, bw p mkn nc kandar tau. luv u all :-)

ungu luna said...

puding roti jala noh awak... sedap sedap... ;P

shazruls said...

>babylove: hahaha yekerr..biasa2 ja blog ni,bila nk mai penang bgtau larr anyway siapakah baby love ini?? teng.. teng.. tennnggg..<- sound effect gmbaq p.ramlee

shazruls said...

>unguluna: awak tak makan ka

HEROICzero said...

cis. xde pape rupenye yg jadi~ =p