Nak dekat..nak dekat dah(sambil dengar lagu dendangan Dayangku Intan)....tak lama lagi kita bakal menyambut ari kemenangan iaitu aidil fitri ..macam mana persiapan?
Alhamdullilah tak lama lagi kita bakal menyambut hari kemenangan iaitu aidil fitri selamat tinggal ramadhan..Ramadhan sebenarnya melatih kita mendisplinkan diri , selama ni mungkin jarang ke masjid,mengaji Al-Quran,Solat Tahajjud or sebagainya,kalau diikutkan tiada bezanya pon pada bulan2 yang lain tapi kenapa kita masih tak mampu melakukan perkara2 turr nampak sangat larr kita ni makhluk yang lemah kan??!!...jadi perkara2 ni jangan larr hanya berlaku pada ramadhan sahaja,kalau bley terapkan pada setiap masa ..InsyaAllah
Biasanya Rm500-RM600 akan dihabiskan untuk persiapan raya dengan baju teluk belangganya,kuih raya,lemang ketupat,langsir (kenapa time raya jerr nak kena tukar ) or sarung kusyen...tapi jangan dok wat lupa zakat fitrah yang hanya Rm7 (harga yang ditetapkan di kawasan Penang)
Memang tak heran pada malam raya semua pakat dok berjaga sampai 2-3 pagi ,maklum larr semua sanak sedara pakat dok balik mai..sambil2 turr ada yang dok kacau dodoi ,rebus ketupat,bakar lemang or jahit seluar <--adakah?....harus diingat Solat sunnat aidil fitri jangan dilupa setahun sekali jerr bro...dan jangan lupa wat silent mode or off jerr handphone turr kerana tiada yang lebih penting daripada panggilan Ilahi...
Dikesempatan ini aku memohon ampun maaf jika tersalah komen or tekasar bahasa pada seluruh pembaca blog yang tak seberapa ni,kawan2,rakan2 blogger,photographer dan seluruh umat Islam khususnya...