Friday, April 30, 2010

honeymoon kejap...

"Selagi belum tutup mata,kerja..kerja..kerja.."..itulah dialog M.Zain dalam cerita Labu Labi..

Dialog turr membayangkan betapa sibuknya seseorang itu dalam rutin kerja diaorang,aku pun tak terkecuali...ya aku baru saja abes satu projek,makan sebulan gak baru abes padahal mesin ni tak lah besar mana pon tak larr canggih mana pon..

Antara sebabnya : itu korang nampak benda yang kat tengah2 kaler biru turr..hah yang turr micro stage(sejenis micro motor) ianya berakurasi (accuracy) 30 micron...received lewat,dekat 8 minggu baru sampai


Namun demikian setelah ianya sampai kerja2 pemasangan berjalan agak lancar walaupon kekurang tidur time turr..syukur alhamdulillah ianya jugak slamat di'shipped'kan ke bangkok dua ari lepas..nasib baik aku tidak turut serta dalam pemasangan disana pasainya aku sendiri tatau nak pakai baju kaler apa kat sana..merah ka?kuning ka or tak berbaju<--bley gitu

pasni bley larr aku kembali ngan aktiviti sosial aku...hheeheh next project satu bulan dari sekarang,so honeymoon dulu

Tuesday, April 27, 2010

2010 Annual Dinner..(sambungan)

Sambungan cerita Annual dinner yang berlangsung di Hotel E&O ,Penang..

Turr dia hebat sungguh Hotel ni ,rasanya ianya bertaraf 6 bintang...

Sesampainya disana terlihat ratusan manusia sedang beratur untuk register,dah macam audition AF plak rasa...

Dalam sibuk2 beratur turr sempat gak snap beberapa keping gambaq...

Agak peluh2 dah nak kering baru dapat masuk nasib ada geng tolong booking table ..hurm habis mekap cek..heheh

Menu malam turr ,nampak cam sedap

memang sedap pon tapi kuantitinya sikit,ya larr satu table 10 orang juadahnya untuk 6-8orang ja..yang melahapnya pulak tahap pirahna..ni ja sempat aku snap yg len tak sempat de..

Pada malam turr jugak para pekerja dihargai dengan service award.Sapa yang dapat?mereka2 yang berkerja lebih 5tahun,10tahun,15tahun dan 20tahun..

seperti kebanyakan annual dinner lucky draw adalah agenda utama...hadiahnya berupa voucher barangan focus point berharga RM200 yang bukan aku dapat...hehehe

Ya, hadiah voucher penginapan 2Hari 1Malam di Jr.Suite Hotel Hard Rock Penang + breakfast..yang ni pon bukan aku dapat...

Pelayaran 2Hari 1Malam Star Cruise...hah ni yang aku dapat,best dak?!!...tiket ni untuk 2 orang,so pada aweks aku open sapa nak join aku..aweks saja k...jantan2 tak yah walaupon kamoo dua alam...heheh

pelbagai hiburan dan games dijalankan malam turr..acara pakaian tercantik adalah acara akhir malam turr...ni dia peserta lelaki yang terpilih malam turr tak bley blah <-- pasai aku dapat kata cam turr larr
Ni plak peserta pompuan ,yang sorang turr pakaian cam gaun pengantin lak aku tengok..

Agak2 kul 12 lebey baru majlis selesai,biasa arr ada yang terus sambung pi clubbin,pi minum ,pi 18sx dan kami pi sambung makan kat nasi kandar Line Clear...supper kononnya padahal makanan kat dinner turr tak berapa cukop..

Tengah2 malam ni pekena nasi kandar lauk kambing ngan teh tarek..peeerrggh baru larr syahdu nak tidoq...malam turr makan free lagi kat Line Clear ni pasai kami pi ngan cucu taukeh kedai ni iaitu rakan sekerja aku larr...

Malam turr ramai lak yang bawak DSLR,aku lak tak bawak kononnya nak enjoy arr malam turr ..kebanyakan foto diatas adalah dari digicam member aku :(

Tuesday, April 20, 2010

Be a Star Tonight<--tajuk annual dinner 2010

Kesibukan kebelakangan ini memang tak perlu dipertikaikan lagi...namun disebalik kesibukan turr,maseh ada waktu untuk aku menyelit sedikit masa untuk ke karpet merah annual dinner pada 23hb April ini...

2010 annual dinner bakal dilangsungkan di Hotel yang bertaraf 6 bintang iaitu di Eastern & Oriental Hotel(E&O)-->sila cari sendiri katna tempat turr

Actually tak kesah sangat kat mana tempat turr berlangsung...yang penting hadiah lucky draw mau menarek..heheh...hadiah utamanya ialah sebuah motosikal suzuki shogun 125cc..haha baru lah leh sebut saya menang moto malam turr

Hadiah tempat kedua : TV LCD 42' berjenama Sharp..ni sesuai untuk sapa2 yang baru pindah umah or pasangan yg baru mendirikan rumah tangga..


Hadiah tempat ketiga: HP pavilion laptop 14'..yang ni pulak sesuai untuk golongan muda macam aku(yang tak sedaq diri..heheh) bukan apa senang nak update entri,FB or main poker...memang aku aim nak dapat ni...ya Allah kabulkanlah permintaan hambamu ini..



Hadiah tempat keEmpat: Berupa percutian 3Hari 2Malam ke Langkawi,Penginapan di Hotel Villa(4 star) + rm1000 duit poket..ni pada sapa yang lama tak bercuti memang elok dapat adiah ni lebih2 lagi yang berkeluarga..




Hadiah tempat keLima: Telefon bimbit Nokia X6 (ori punyerr)...


Selain daripada hadiah2 turr ada gak hadiah lain seperti tupperware,kain pelikat cap gajah duduk,towel 'good morning' dan macam2 lagi...so untuk mengetahui apa aku dapat pada malam turr tunggu entry malam gala annual dinner tersebut...





Thursday, April 8, 2010

Laksa dan pompuan memang sinonim kan..

Kenapa pompuan suka makan laksa ekk...??aku penah gak wat survey,memang 100% jawapan mereka sukakan juadah turr..tak penah lagi jupa yang tak suka laksa kalau ada mesti dia turr somethin wrong...

aku ni bukannya pengemar laksa,biasanya aku makan pon time musim perayaan ja,kalau kat umah mak buat laksa pasti seharian aku makan kat kedai kecuali darurat..memang tak bley blah de..

Nak dijadikan cerita,baru2 ni aktiviti akhir camping diorang ajak makan laksa area Balik Pulau..mak aii,rasa cam nak belah ja(tak mo join) tapi nak buat camna aku pon tumpang orang..dalam ati turr dok pikir mungkin ada makanan len gak jual kat situ sambil memujuk ati...

Kitaorang makan kat kedai laksa Janggus ligat enterprise,suasananya ala2 makan kenduri ...apapon posing dulu baru order..

Yang bawak talam ni bukan waitress tapi orang yang makan sini...hehehe..kat sini self service mau makan amek sendiri

pembayaran boleh terus buat time amek makanan turr...jangan lupa beratur,ianya amalan yang mulia..ingat turr

1st time makan kat sini so aku order satu ja larr nak rasa dulu..kalau yang dah biasa makan kat sini sure order 2 0r 3 mangkuk ..cam diorang ni

peeerrgghhh...sedap de...kuah dia turr,aku tatau camna nak jelaskan tapi bagi bukan pengemar laksa cam aku dah kata sedap yang gemar sure tak terkata larr..tengok turr hampir licin( maksud aku kuah bukan kepala..heheh dont get me wrong) diorang hirup...

Laksa adalah juadah utama kat sini selain turr goreng pisang and goreng ubi pon ada,rokok boleh jugak didapati dikedai2 berhampiran...

Memang tak syak lagi..pompuan memang sukakan makanan ni..sampai 4 mangkuk,sedap sangat larr turr

Ianya bertambah sedap kalau makan beramai2 camni

Untuk juadah pencuci mulut ais kacang menjadi pilihan kena larr turr dengan cuaca panas sekarang ni...

Anda suka makan laksa..laksa apa yang korang suka..laksa johor,laksa kedah,laksa sarawak,laksa penang,laksa kuala Perlis...sejak ari turr aku dok terbayang makan kat situ,dah ketagih dah ni...

Monday, April 5, 2010

MU Fan: MU tempang tanpa si tempang...

Chelsea..Chelsea..ya kalau korang lepak mamak sure korang leh nampak kelibat para penyokong merai kekalahan MU ..tapi yang meraikan turr bukannya penyokong fanatik Chelsea tapi sebenar penyokong fanatik anti-MU (Liverpool+Arsenal)..Pagi ni saja aku terima sms ucapan takziah kekalahan MU dari Liverpool fans...Nampak sangat diorang benggang sangat ngan
MU,anyway Liverpool tak menang pon minggu ni de..ngan Birmingham pon draw kerr

Memang tak dinafikan MU begitu tempang tanpa Rooney yang sekarang ni tempang akibat kecederaan buku lali ketika menentang Bayern dalam suku akhir Liga Juara-juara.Joe Cole sekali menjadi pemusnah dengan menjaringkan gol pertama...untuk ulasan lebih detail sila klik disini ,sori aku tak leh teruskan ..ini bermakna pendahulu liga berjaya dirampas kembali oleh Chelsea,tahniah...

Liga tempatan berehat seketika untuk memberi laluan kepada perlawanan piala FA yang mana memperlihatkan Kedah dan N.Sembilan mara ke perlawanan akhir..sori deus Selangor tak layak ,takpa cuba lagi tahun depan..

Ketika perlawanan Kedah dengan Terengganu,ada insiden yang tidak diingini telah berlaku.Dua permain Terengganu telah dilayangkan kad merah.Apa yang aku nak bagitau kat sini bukan sebab mutu pengadilan kita saja yang terok tapi perangai permain-permain tempatan kita pon terok jugak..memang tidak menampakkan ketidak-profesional langsung,mungkin sebab dia(player) ingat dia main Malaysia serta memenangi pingat emas sukan sea dia boleh memaki hamun pengadil sesuka ati ka..so anda nilai sendiri larr mutu bolasepak kita ...

Thursday, April 1, 2010

'camping' bukan kempen larr bro..episod akhir

Kalau nak diceritakan memang panjang ,14 episod pon belum tentu abes..aku terpaksa potong sket babak2 18sx supaya lepas piawaian untuk tontanan umum..

Malam turr ujan memang lebat abes basah lokoih(lencut) semua pakaian aku,maka pagi2 turr sebelum semua orang bangun aku cargas pi kawasan yang tidak didatangi orang untuk jemoq semua pakaian...nasib baek takda orang nampak ..

Rasanya takda sapa yang perasan kot pasai semua dok asyik ber'breakfast' maggi..maggi lagi,hidup ini tak bermakna tanpa maggi ..hahhaha

Agak2 semua dah bangun,kenyang dan sebelum diorang sambung tidoq balik komiti dengan pantas wat satu game lagi...kitaorang dipaksa untuk main game ni...!!

Apa ntah nama game ni..Jengka?!! setahu aku Jengka turr nama sebuah tempat kat Pahang

Best jugak game ni,game banyak menguji kesabaran dan sambil2 tur boleh cek samada kita ada parkinson ke dak..dalam gambaq ni cik Nana berjaya memusnahkan susunan...aku tak sure dia ada penyakit turr ,tak dan nak interbiu...yang pegang belon kat belakang turr suma geng jahat ,diorang akan meletopkan belon bagi peserta hilang tumpuan..ini semua cik ily nyerr akai

Lepas game turr kita ada Lucky Draw...cewah manjanya posing(sori tak leh guna perkataan gediks,so untuk ganti namanya--> manja...hehehe)

Selain Lucky Draw kita ada hadiah pendengkur terbaik...hahaha..malam turr memang syahdu bro berharmoni deruman dengkuranmu,kitaorang siap boleh goyang inul lagi...hahahah jangan marah arr
Dalam keheningan kepekatan malam turr tak semena-mena khemah tiga sekawan ni memecah kesunyian ..bergegar dowh...telah mengejutkan banyak pihak time turr,rupanya salah sorang telah melepaskan gas beracun,,hehehe..untuk adiah ni aku tak sure samada khemah paling bising ka paling happenin or kentut paling wangi...

Ni lak adiah peserta paling ensem..hehehe <--nampak sangat aku tipu..masih lagi ngan lucky draw tapi adiah aku dah misplace time sibuk2 nak balik aku pasti ada dalam keta somebody ..please return back to me aku tau adiahnya berupa Sony PSP,sila pastikan adiah PSP tur jugak ko return kat aku..jangan dalih2 kata benda len...hehehe
Secara tak langsungnya kita jugak mengucapkan good luck pada Nadia yang akan bertukar ke bandaraya Ipoh tak lama lagi,Nadia ni ialah seorang staff nurse dan bukan dia sorang saja nurse yang lari dari tugas join kitaorang ada 2 orang lagi kot tak silap aku...

Acara seterusnya ..yeeeaaahh..Poco-poco yang diterajui Nadia dan Khairy..gelek seyh,pas lagu poco-poco kita buboh chicken dance pulak...memang tak bley blah dowh,happenin gilerr...sapa ada video pass kat aku...memang layan...

Pemenang hadiah utama lucky draw..cik ily !! yang menangi set gelas kaca buatan siam..hehehe jauh turr nak beli...

Deretan kaum hawa yang mengikuti perkhemahan ini..gambar kenangan

Golongan2 macho...hahaha korang memang sporting bros

Disini aku minta maap dalam 1st episod aku bagitau semua 24 orang sebenarnya 22 orang jerr..mathematic failed larr..walaupun begitu korang memang happenin turr baru 22 orang

Agak2 tengahari kitaorang kembali ber'hiking' keluar dari penempatan tersebut..semua yang tadi boh mekap, bedak tebal2 dan perfume wangi2 akan berpeluh ketiak balik...

Kalau malas nak hiking korang bley nek bot cam diorang ni..kalau nek bot 5minit jer berbanding hiking 15minit...

Nasib baek pemandu bot turr bukan En. Mus ni kalau tidak dah tentu kami terlepas jauh ke selat andaman...tapi cam ada gaya jadi nelayan tersohor pulak ataupun lanun somalia...hahaha

Alhamdulillah semuanya selamat tiada perkara2 yang tidak diingini berlaku walaupun aku diberitahu tempat yang kita menginap turr adalah berdekatan ngan sarang beruk liar,tapi aku tengok perangai masing2 lebih liar dari beruk turr sebab turr kot beruk tak berani mendekati kita..hahha

Semua teruja dengan aktiviti kali ni..sebelum berangkat pulang kitaorang pekena laksa janggus area balik pulau..owh ni feymes nyerr laksa ni(kisah laksa akan dicerita episod berasingan)..


Disini aku mengambil peluang ucapan terima kasih tak terhingga kerna sudi jemput aku...korang memang best,maap larr kalau aku kurang bercakap or tegur korang maklum larr baru 1st jupa an an an..mungkin pasni akan bertambah mesra an an an..(jangan marah bro)..geng layan2 ni memang sempoi larr wa cakap lu...


Diorang ni tiap2 bulan ada aja aktiviti ,so sapa berminat leh join jangan risau depa tak makan orang aih..korang leh ushar jugak group dalam fesbuk layan-layan ,tapi lani masih dalam proses nak invite orang.Dengan adanya group ni segala aktiviti akan mudah untuk diketahui..aku jugak secara tak langsung akan cuba iklankan kat blog ni jika ada apa2 perkembangan

Sekali lagi aku ucapkan terima kasih kat semua yang terlibat dan Mafazi tanpa dia dah tentu muka aku takda dalam gambaq2 ni