Thursday, May 31, 2018

Pengalaman bekerja di luar negara : Boston , US

Dimulakan dengan Bismilahirrahmanirrahim...
Pada lewat January 2018 aku di tawarkan untuk ke luar negara atas alasan kerja (project transfer).
Project tu akan berlangsung pada 12/3/18.
Jauh wei..tak pernah lagi aku travel sejauh ni lebih14780KM kot dan lebih 22jam perjalanan kalau nek flight.


Maka hari yang direncanakan tu pon tiba, kami di minta hadir kat permis customer tu pada 12/3/18 dan kami fly on the 10/3/18.

We fly using Cathay Pacific Airlines , start dari Penang --> Hong Kong --> San Francisco --> Boston.
Dari Penang ke Hong Kong 4jam  , Hong Kong ke San Francisco 12jam dan San Fran to Boston 6jam.


Jenuh gak la dok dalam flight tu..tapi alhamdulillah tiada apa yang pelik berlaku , semua lena elok ja dalam flight tu.


Boston terletak agak di utara atau lebih tepat Timur laut US dan kami bertempat di North Reading 45minit dari bandar Boston. Kalau dah berdekatan ngan Utara maknanya dia dekat ngan Artik la maka tak heran la time kami sampai tu cuaca sangat sejuk dan bersalji.


Dikala kami sampai sana suhunya ialah -11. Walaupon di US ni mengalami cuaca 4 musim dan sepatutnya akan ada perubahan cuaca dari winter ke spring time kami sampai tu tapi tidak akan berlaku di Boston. Kata orang sana summer time pon sekitar 16 degree je paling panas.

Apa yang menarek di Boston dah tentu hasil lautnya iaitu Lobster..satu pound baru sepuluh dolar. Kalau mai sini mesti pekena Lobster sebab sangat murah dan mudah didapati.

Mula2 nak mai US tu ada gak terpikir tentang makanan , apa keperluan perlu bawak dari Malaysia. Sebenarnya kat US ni mudah dapat makanan halal dan barang keperluan rumah( barang dapur) iaitu di Market Basket. Apa benda pon ada kat situ event Halal meat pon ada. So jgn risau dan tak perlu la nak bawak mai barang makan dari Malaysia . Kalau nak bawak pon mungkin sos cili sebab org sini tak makan pedas..hehehe dak memang serius kena bawak sos cili.

Pada yang nak bershopping aku sarankan boleh la melawat ke Marshalls dan TJ Max harga dia memang murah dan semuanya branded. selain tu boleh gak melawat shopping mall Macy's dan Dicks.
Kalau nak murah lagi boleh pi Merrimack Outlet atau Wrentham outlet. Rambang mata kat sana, macam2 branded items ada dan murah.

So pada sesapa yang berpeluang ke US tak perlu risau ,rakyat sana sangat mersa dan hormat , makanan halal pon senang dapat dan tempat tingal selamat . Sepanjang 7 minggu disana sungguh payah nak nampak Polis. its means sana sangat secure.

Next update akan aku ceritakan kawasan menarek dan tempat makan halal serta murah kat sekitar Boston, US.

Wednesday, June 29, 2016

Buah hati

Tarikh : 29/6/16
Merujuk tarikh diatas,maka genaplah 3 bulan usia beliau

Ketika ni diawal usia 5-6 hari , rambut masih lebat.. 

 Selepas hari ke-7 or 8 ...Cukur rambut 

 Diusia 2 minggu lebih , 1st appointment ngan doktor 

 Dah rajin buka mata ..hampir 2 bulan rasanya

 Diusia ini, tidur antara teman sejati..

 Teman baru dia .."puting"

 Tidur dilengan mummy..manja sungguh

 Arturo Vidal..

 Dah 2 bulan lebih..selalu ja bawak pi Mydin..

Alhamdulillah...kesayangan kami ,diam tak diam dah 3 bulan..

Thursday, February 11, 2016

Lala Seafood , Sungai Dua

Tarikh :08.02.16
Tempat : Restoran Lala Seafood , Sg. Dua
Time : Dinner

Makan besaq ala2 CNY , family gathering..semua ada malam turr

Rating untuk JJCM :-
Makanan : 3/5 (sedap jugak la , lamp chop lg sedap kat situ)
Servis : 3/5 ( tak tunggu lama sangat , waitress pon effective)
Enviroment : 3/5 ( selesa untuk family gathering)
Keseluruhan : 3/5 untuk Lala Seafood.

Wednesday, February 10, 2016

Kawen 080215

Tarikh : 08.02.15
Tempat : Cheras , KL
Acara : Kenuri kawen

Lama tak update, just layan jerr gambaq kawen.

Semua bersiap kat area Cheras jugak la tapi tak tau exact location.


Alhamdulillah cuaca tak berapa panas.

Sambil tunggu mana2 yg tak sampai.

Bila semua dh sampai , bergerak ke balai perkahwinan.

Bergerak berdua2 ya.

Dipintu balai rakyat.

Pose dulu kat kek 3 tingkat.


Tunggu giliran agaknyer..


Dah berpunya..


Yang ni lambat lagi.

Tepung tawar


Bergambar ngan si comel


dan beramai..

Selamat pengantin baru kepada Intan dan Elias , ni gambaq tahun lepas, sorry baru nak upload..

Monday, December 29, 2014

Wedding day's : ke rumah pengantin lelaki

Tarikh : 30.11.14
Tempat : Parit Buntar, Perak
Time : Lepas zohor (panas terik)

 Cuaca sungguh terik, lalui hanya muat-muat sebijik keta sekali lalu..

 Pengantin lelaki dengan uniform no 1 nyerr..

 Walaupon panas mereka tetap ceria ..

 Jugak pembawa hantaran..

 Undangan di beri minum sebelum di kenakan..

 Begini larr gurauan raka-rakan..

 Ikut jerr larr, janji semua seronok..

ok lain-lain buleh makan kek...

Sunday, December 28, 2014

Wedding day's : Rumah Pengantin Pompuan

Tarikh : 29.11.14
Tempat : Parit Buntar, Perak
Time : 11 pagi hingga ke petang

 Alhamdulillah hari berikutnya tak hujan and cuaca pon tak panas sangat..

 Lebih kurnag jam 11.50 pagi acara makan pon berlangsung..

 Kul 1.45 setelah zohor ,pengantin muncul seperti dirancangkan..

 Mereka diarak bersama-sama keluarga pengantin lelaki dengan penuh sopan..

 Hingga ke ruang makan..

 Makan bersuap takpa..jangan suap (rasuah)..

 Semua dah kenyang baru aktif bergambar ..

 Dayang-dayang penggiring..

 Pose istimewa untuk anda semua..

 Out-door photography

 Yang jugak bersama dayang-dayang..

 Jangan lar merajuk ,lauk tadi sedap tau..

Terima kasih semua...Selamat berbahagia