Monday, August 29, 2011

Tak lama ja lagi...

Ya...tak lama ja lagi,Ramadhan bakal meninggalkan kita...maksudnya aidilfitri bakal menjelang tiba...

tajuk entri kali ni ada dua makna satunya tak lama ja nak berhari raya dan satu gi maksudnya tak lama lagi untuk aku meninggalkan perkejaan aku untuk memulakan karier yang baru ..insyaAllah lepas raya ni.

Gambar antara mereka yang pernah bekerja sekali ,thanks and Selamat Hari Raya

Tuesday, August 23, 2011

Buka Posa LKTA 2011

Date : 22 Ogos 2011
Venue : Restoran Seri Idaman, Teluk Tempoyak
Harga : RM 25 jer sorang

Bulan posa ni majlis buka posa makin menjadi2...mungkin dah jadi trend masa kini dan banyak jugak tempat menyediakan venue camni...

Baguih jugak larr kan..sambil2 merapatkan hubungan silaturrahhim...

Selalunya geng2 rakan sekerja or satu sekolah rajin wat aktiviti camni.. reunion kononnya,sama gak ngan kes aku ni minggu lepas buka posa ngan geng ex-giatmara kali ni ngan rakan2 dan bekas rakan sekerja larr plak...
Ni gambaq mangsa keadaan --> kepala ikan jenahak,nasib kuo keras kalau tidak ngan kuo kuo kena telan..
Semuga berjumpa lagi ditahun yang akan datang.......

Monday, August 22, 2011

ex-Giatmara buka posa

Date: 19 Ogos 2011
Venue : Summit Hotel,Bukit Mertajam.

Ni dia menu utamanya...kambing panggang

First time aku berbuka semua makan western jerr ,kuih2 turr hiasan ja haram tak abis pun...

Aktiviti setahun sekali bersama ex-giatmara ,memang havoc....InsyaAllah jumpa lagi tahun depan.

Tuesday, August 16, 2011

Majlis berbuka : 2011

Assalamualaikum ...dah lama betui tak ber'update',bukan apa banyak betui perkara yang tak diingini berlaku tapi biarlah pas-pas raya esok baru cerita..posa2 ni nak jaga sket tata-susila..

Seperti tahun2 yang lepas dan jugak acara tahunan...majlis berbuka posa bersama BFF(kata orang sekarang),tempat yang sama dan menu yang sama...

Nasi beriani Yasmeen nasi kandaq yang bersebelahan Nasi kandaq Line Clear,memang dah jadi tradisi turun temurun lokasi asal kami berbuka posa since 2001 kalau tak silap aku..

Maknanya aku and the geng ni akan berjumpa setahun sekali jarr larr ,maka dengan turr memang kami tak akan melepaskan peluang walaupun masing2 dah berkeluarga...

Macam dah lewat lak nak ucapkan selamat berpuasa pada semua....

Wednesday, June 22, 2011

Percutian hebat?!..

halo semua!! ...cewah camna baru balik dari mana2 ja

tapi memang ya pon...baru2 ni memang ada bercuti ,destinasinya adalah Terengganu ..

kalau ke Terengganu tak sah kalau tak singgah ke negeri Cik Siti Wan Kembang dulu...Kitaorang singgah sebentar kat Pasar Besar Siti Khatijah

Giler jauh betui perjalanan dari Penang ke Terengganu ni,beratus2 Kilometer sakit pinggang pulak dok dalam keta lama2..so berenti sebentar kat Sekayu,memandangkan cuaca panas terik...peeehhh memang best larr cakap lu

Tapi tujuan sebenar ialah untuk menghadiri majlis perkahwinan...member baik larr katakan jauh mana pon tempohi jua,tengok turr sekali tiga pasang bersanding, first time tengok nih...

perasan lega,seronok serta gembira bila dapat jumpa member lama ni..dekat 3 tahun tak jumpa

bergambaq dengan pengantin ..kononnya amek berkat...hehehe

percutian ni 2hari 1mlam jerr..pehhh penat dowh!!memang tak sempat beli apa,nasib larr sepanjang perjalanan ada jual makanan kegemaran ramai masyarakat kat ganu ni --> keropok lekorr...

Friday, May 27, 2011

Misi bunoh diri

Untuk makluman aku sebenarnya bekerja dalam industri pembuatan,kalau nak di ceritakan memang best and trill orang kata dalam bidang ni.Tapi dalam best2 turr ada gak risikonyerr,antaranya selalunya larr anda akan terpalit2 minyak greese dan luka2 kecil kat tangan turr dan bila tiba order berlambak2 pakai nampak tidoq kat kilang larr,tapi risiko paling menakutkan bila equipment yang kita buat turr ada problem..terpaksa larr pi wat setel

Misi kali ni ke Seremban dan misi kali ni agak terkejut tergempaq..mana tak nya,customer komplen ari Khamis ari jumaat dah kena turun Seremban lak turr...Air Asia larr jawapnya

Paling sadisnya..aku kena pi sorang,memang aku bangkang habis2an ..namamposs sorang nak kena setel 4 system .4 system bersamaan 12 biji dah tu sehari ja pulak

Alasan diorang "ala you pi inspect saja ma"...mangkuk tul,dah customer komplen dah tentu ada issue dan kalau dah 12 biji mana sempat siap sehari turr dowh!!!

Seperti dijangkakan memang tak siap pon,nak jadikan cerita customer tambah komplen katanya "4 system lu antar sorang saja ka,itu olang superman ka"...

Maka jadinya terpaksa larr aku extend sampai ari isnin and setel dengan jayanya..tapi ari jumaat turr seres aku penat ,aku cuma sempat break time sembahyang jumaat ja pastu diorang kerah sampai kul 9malam...tak sempat larr aku round2 seremban and batu kikir

Monday, May 16, 2011

Koleksi : Edisi clear'kan' gambaq dari kamera

Waduh sudah sekian lama tak ber'update'...paparan kali ni hanyalah koleksi gambaq2 jerr,sebab dah lama tak ber'update' perasaan agak janggal larr pulak...

Jenama diatas antara jenama Favorite aku ketika ini...

Merokok membahayakan kesihatan,jangan salah sangka ..aku memang dah lama berenti rokok,balang ni hanya wat hiasan takde isi nyerr pon..

Dah lama tak lepak2 sambil berpura2 berlagak ada bisnes juta2 kat tempat ni...

Koleksi penghalang pancaran matahari dengan perlindungan UV pilihan aku..

Koleksi denim musim bunga yang tinggai..satu tahun sehelai jerr beli

Saturday, April 16, 2011

Futsal i-metro

Futsal i-metro zon utara,actually event ni dah setel hampir sebulan dah pon tapi lani baru dapat aku publish ...maka dah ada masa terluang ni bley larr nk upload beberapa snapshoot dari event ni...

Tournament kali ni begitu ramai team compite,maknanya setiap tahun makin bertambah ianya baguss untuk perkembangan sukan futsal negara.

Kemenangan pasukan negara pada 2 kejohanan besar ASEAN memberikan impak yang begitu besarr,buktinya dah ramai yang berani tanpa malu2 tampil ngan jersi negara...

Even goalkeeper pon pakai jugak...

Dipertengahan kejohanan disajikan ngan pertandingan cheerleading...Boring...sebab aku tak berapa minat ngan pertunjukkan ni kot...

Antara goalkeeper yang lawa di tournament ni...

Sepanjang kejohanan ni banyak game diakhiri dengan sepakan penalti ,adakah kejohanan semakin bagus or pasukan lebey tumpukan pada corak bertahan

Sememangnya aku semakin sibuk.. bak kata Siti Fathimatul Zahrah 'Gaji banyak mana sekalipon tapi takde life watpa'...

Monday, March 14, 2011

March 2011

Alhamdulillah dah masuk bulan March dah pon kita...

Every year tika bulan march ni,kami sibuk and buat2 sibuk..bukan apa,pada bulan march ni adalah bulan untuk pekerja akan di'appraise'..segala tungkus lumus tahun 2010 bakal dinilai dan di appreciate bak kata org omputeh...

pastinya ruangan 'increment' turr yang akan diberikan penekanan.banyak mana nek terpulang pada achievement individu turr..aku takda larr mimpi nak dapat banyak tapi kebetulan 2-3 bulan ni memang sangat sibuk mungkin rezeki kali ni lebey sket kot.

dan yang pastinya rambut aku semakin panjang...sibuk larr katakan

Saturday, February 5, 2011

Jalan-Jalan: Trip to Hatyai part 3

Sambungan dari part 2...

Kat Floating market ni selain permandangan yang indah pelbagai bentuk barangan serta makanan ada jual kat sana,kebanyakan harganya 20bath..macam kedai dua ringgit pulak..

kalau korang tatau kedai makan islam kat hatyai ni,itu bukan larr suatu masalah besaq..anda perlu tanya jerr kat driver tut tut<--sejenis pengangkut awam macam dalam cita ongbak turr

tiada banyak aktiviti malam ari sebabnya aku tertidurr awai..rugi larr pulak,tapi pagi turr seperti dirancangkan kami bergerak untuk perlawanan persahabatan

Dan macam ari sebelumnya jugak kami masih dikencing oleh pihak penganjur setelah hampir 3jam lebih menunggu di mini stadium Hatyai..macam haram...

tapi baguih jugak,maka aktiviti bershopping dan mencuci mata dapat diteruskan..

Antara makanan yang banyak dijual kat kota Hatyai ni--> pulut bersama ayam goreng ...sedap jak dowh..

bagi mengambil hati para player ,driver kami membawa kami ke sebuah restoran makanan ala thai..tapi kat sini diorang tak mention pon restoran 'ala thai'

mereka yang makan dengan penuh lahap...

kalau nak diikutkan time turr kul 4ptg waktu Malaysia kami dah pon bertapak kami area Danok,cam biasa aktiviti kami imigresen merencatkan perjalanan...

Agak2 pas maghrib kami kembali ke Desa Sena.......letih siot,rasa cam tak cukop lak pi satu malam jerr...macam nak pi lagi pasni...

Monday, January 31, 2011

Jalan-jalan: Trip to Hatyai part 2

Sambungan dari part 1...

Pink Lady complex turr sebenarnya adalah tempat shopping tak caya tengok gambaq kat atas turr,nama jerr nampak ghairah..

Sekitar kul 2ptg waktu Malaysia baru larr kitaorang dapat check in,untuk pengetahuan beza waktu Malaysia ngan Thailand ni sejam ..maknanya time kita cepat sejam..

Satu lagi malasah--> bilik hotel tak siap gi walaupun dah di check in...

so dari dok menunggu room service dok siapkan bilik,aku dan beberapa rakan mengambil kesempatan berpeleseran di kota Hatyai ni dulu..

Setiap lorong yang dilawati pasti jupa berlambak2 motor kapchai ni...dan pastinya kat sana takda pulak orang mai kutip duit parking walaupun secara haram...

Ditengah2 kota Hatyai ni sebenarnya diterajui oleh kawalan trafik ,dari jauh lagi korang mesti dengaq bunyi bingit tiupan wisel..mulanya aku ingat dekat2 ngan stadium rupanya geng2 trafik wat keja..seketika bergambaq pulak tetiba keadaan jalan menjadi sesak,nampak sangat betapa pentingnya diorang ni

Gambaq kat atas ni adalah ari sabtu dan ari esoknya pastinya tiada lagi warung kat situ..itulah antara yang menarek di Hatyai,pelbagai jenis bisnes dijalankan ditempat yang sama tapi ari lain2

motif utama kami pi Hatyai turr adalah atas dasar perlawanan bolasepak persahabatan dengan geng Hatyai..pasukan mana tak pasti larr pulak..tunggu punya tunggu takda sapa pulak yang mai..takut ka apa or kami kena kencing..rugi pulak masa terluang

hampir nak senja baru diaorang dapat tau yang diorang kena kencing,walaubagaimanapun nasib ada team lain yang berani mencabar tapi bukan ari ni..ari ni dah nak senja ,so singgah sebentar ke floating market...fuyoo menarek permandangan kat sini....

bersambung lagi.......