Wednesday, October 22, 2014

Cozy Chalet Pulau Perhentian

Assalamualaikum...
Entry kali ni berkisar percutian ke Pulau perhentian, Terengganu.


Tempat penginapan pilihan kami kali ni kat Cocohut & Cozy Chalet Villa.


Oh ya ..Cocohut & Cozy Chalet ni terletak di bahagian Pulau Perhentian Besar, kalau nak tau Pulau Perhentian besar ni sesuai untuk berkeluarga sebab kurang aktiviti malam kat area ni.

Tapi kalau sapa2 yang inginkan night live yang happening kat Pulau kecik ada lerr, sebab kat situ sosial lebih sket,,


Ok berbalik kepada percutian aku , seperti dikatakan kami menginap di Cocohut & Cozy Chalet dan kami amek full package sebab malas nak pikiaq dah.. menariknya bab makan tak perlu risau dah breakfast,lunch & dinner semua masuk sekali dalam pakej. Gambaq kat atas turr adalah jamuan setiap kali hidangan.


Makanan setiap kali mesti tak abis, macam mana nak abis kami dua orang hidangan ala2 4~5 orang punya. Aku yang kategori kuat makan pon jenuh nak perabis..memang tak leh abis nyerr..


Full pakej bukan sekadar makanan jerr support , snorkeling and pengangkutan bot pergi balik ke tanah besaq pon include yerr


Snorkeling dia bagi 2 kali, 1st day kul 3 sampai 5petang. 2nd day dari kul 9 sampai 3 petang ..nahh kau.. kecut.

Tempat2 yang dia orang bawak pi snorkeling pon menarek2..real cam dok dalam aquarium jerr,ikan nemo ni bersepah2 merata-rata ..turr dia


Cocohut & Cozy Chalet ni anda tak perlu risaukan bekalan tenaga letrik sebab kat sini 24jam ada letrik, kalau nak tau ada sebilangan chalet lain ada yang mencatu bekalan letrik ni..


Untuk chalet ni aku bagi 3 bintang lerr..persekitaran yang nyaman ,bilik yang selesa ,makanan yang agak mewah dan pakej yang menarek...bajet untuk 3H 2M RM550.


2 comments:

Ania said...

Salam kenal ! Saya dari team Kumpulbagi.
Jika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
Coba servis kami tanpa registrasi:)

Umi nyer Umar said...

Ni yang dekat dengan abdul chalet tu ke?