Monday, January 31, 2011

Jalan-jalan: Trip to Hatyai part 2

Sambungan dari part 1...

Pink Lady complex turr sebenarnya adalah tempat shopping tak caya tengok gambaq kat atas turr,nama jerr nampak ghairah..

Sekitar kul 2ptg waktu Malaysia baru larr kitaorang dapat check in,untuk pengetahuan beza waktu Malaysia ngan Thailand ni sejam ..maknanya time kita cepat sejam..

Satu lagi malasah--> bilik hotel tak siap gi walaupun dah di check in...

so dari dok menunggu room service dok siapkan bilik,aku dan beberapa rakan mengambil kesempatan berpeleseran di kota Hatyai ni dulu..

Setiap lorong yang dilawati pasti jupa berlambak2 motor kapchai ni...dan pastinya kat sana takda pulak orang mai kutip duit parking walaupun secara haram...

Ditengah2 kota Hatyai ni sebenarnya diterajui oleh kawalan trafik ,dari jauh lagi korang mesti dengaq bunyi bingit tiupan wisel..mulanya aku ingat dekat2 ngan stadium rupanya geng2 trafik wat keja..seketika bergambaq pulak tetiba keadaan jalan menjadi sesak,nampak sangat betapa pentingnya diorang ni

Gambaq kat atas ni adalah ari sabtu dan ari esoknya pastinya tiada lagi warung kat situ..itulah antara yang menarek di Hatyai,pelbagai jenis bisnes dijalankan ditempat yang sama tapi ari lain2

motif utama kami pi Hatyai turr adalah atas dasar perlawanan bolasepak persahabatan dengan geng Hatyai..pasukan mana tak pasti larr pulak..tunggu punya tunggu takda sapa pulak yang mai..takut ka apa or kami kena kencing..rugi pulak masa terluang

hampir nak senja baru diaorang dapat tau yang diorang kena kencing,walaubagaimanapun nasib ada team lain yang berani mencabar tapi bukan ari ni..ari ni dah nak senja ,so singgah sebentar ke floating market...fuyoo menarek permandangan kat sini....

bersambung lagi.......


Wednesday, January 26, 2011

Jalan-Jalan:Trip to Hatyai part 1

Ketika ini aku sangat sibuk,tatkala kesibukan itu dapat jugak selit beberapa ketika untuk bercuti,alasannya hari raya cina ni partner aku pulak nak hentam seminggu cuti...so give and take sket larr...

Jadual sebenar trip ke Hatyai ni adalah 29hb januari ,tatau pasai pa diaorang tukaq pulak 22hb iaitu awai seminggu.Jam 7pagi masih waktu Malaysia berkumpul di Pondok Taman Desa Sena,pagi itu sangat dingin larr pulak...

Pengembaraan bermula dengan menaiki Van ke check point pertama iaitu dataran Gurun -->untuk melantak...lapaq gila aku

Dah kenyang baru layan sket,ke destinasi seterusnya tak salah aku kat area Changlun..owh watpa lak kat situ??

Money charging = tukaq duit siam ,time turr RM10 bersamaan 98Bath..rendah pulak duit Malaysia ...

Kalau dah kat Changlun turr maknanya tak jauh dah larr ngan border,around 30minit jerr sampai kat Imigresen check point...kat sini agak lama urusan berlaku,kena lak time kami beratoq turr pengawai kat kaunter nak pi break jenuh kena tunggu nak beratoq line lain plak <--kes naya btui..

Sebetuinya 2jam lebih dah bley sampai dah pon Hatyai turr,disebabkan hentian yang kami singgah turr mengambil masa yang lama teruih jadi 4jam lebih sampai Bandar Hatyai...

Sesampai ja kedai makan dicari,lapaq lagi aku ni....malangnya aku tak try tomyam kat kedai ni ,diorang kata sedap.....takpa larr len kali saja

Ni larr tempat kami menginap,betui2 kat tengah bandar dan bersebelahan ngan Pink Lady Complex...apa itu Pink lady Complex?haha akan diceritakan dalam part 2 ....

Bersambung.......


Monday, January 10, 2011

Tahniah diucapkan

Antara mereka yang bergembira pada tahun 2011

Kawan aku ni...yang baru saja selamat dikurniakan seorang putera pada 8 Januari 2011,tahniah Bro..!!!

Monday, January 3, 2011

Selamat bersekolah...

Musim cuti sekolah hampir tamat,spongebob marathon pon dah abis dan pastinya jalanraya kembali 'jem'..

Tv3 sure tunjuk gelagat budak2 baru setat sekolah,masihkah ada lagi murid2 yang menangis 1st day sekolah pada zaman milineum nih...kalau masih ada nampaknya pendidikan pra-sekolah masih tak berapa pratikal larr(pendapat kosong aku yang tanpa wat kajian)..

Nak jadikan cerita tengahari tadi time lunch ; teringin pulak nak pekena nasi kandaq Deen kat Jelutong sesampai saja kat sana ..Mak aiii beratur panjang,so u-turn jap pi kedai adik-abang makan nasi goreng ayam(kedai member gak nih),order minum teh ais...order diambil oleh seorang makcik yang seusia ngan mak aku(tak salah aku larr).Sepanjang pemakanan aku lunch turr ,direnung oleh makcik tadi..pada mulanya sempat jugak aku lempar senyuman,beberapa ketika terasa nak lempar pinggan pulak rasanya...hehehe gurau jerr

Abis ja makan,cam biasa larr buat pembayaran..time ni makcik ni amek kesempatan bertanyakan soklan yang mungkin telah terbuku sekian lama mengushar aku tadi..

Makcik : Muka anak nih cam familiar jarr ,anak ni anak sapa? <--ayat yang telah diedit supaya bunyi cam drama minggu ini ,ayat sebenar camni--> hang ni cam makcik penah tengok?

aku : memang pon makcik ,dulu time saya darjah satu makcik mai *tegoq(marah) saya sebab saya *contiang baju anak makcik <--ayat yang tidak diedit..

Makcik : larr dah len dah sekarang ,semakin.....(hensem,kacak ,budiman and etc tak perlu larr aku nyatakan kat sini...)

aku tamatkan perbualan kami dengan bagitau nak pi masuk keja balik dan jabat salam serta cium tangan <-- owh itu tak mungkin terjadi kerana anak beliau dah beranak tiga hehehe..beliau yang dimaksudkan ialah Suhaila Ariffin ,bukan gf aku tapi rakan sekelas aku daa...


tetiba ja teringat zaman sekolah ,macam2 hal ..pastinya anda semua pon ada kenangan pahit manis disekolah dulo...best kan..

*contiang = coteng
*tegoq = tegur (tapi situasi ni ialah teguran amaran)

Saturday, January 1, 2011

Entri tahun baru

Bahang kemenangan Pasukan Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF masih jelas terasa,bolasepak tetiba jadi suatu fenomena walaupun ianya memang sukan nombor satu negara.Semua orang pakat dok main bola larr pulak,ari tu Malaysia menang badminton semua pakat main badminton,menang squash semua dok pakat beli raket squash,,,hahah biasa arr turr tanda sokongan rakyat,sapa kata rakyat tak bersatu...

tapi aku memang dok main bola (futsal) tiap jumaat malam sebab itu antara hobi aku pun...tapi kali ni ada friendly game ngan team customer dari Seremban,layan gak diaorang ni..dan pasai diaorang ni bertapak kat tempat keja aku larr hampir setiasp ari aku berkerja 8pagi -8malam enam ari seminggu kadang2 turr tujuh ari seminggu...so kalau dh lama tak update maknanya aku sedang sibuk n FYI FB aku dah DeActivated wat sementara...

Anyhow...Selamat Menyambut Tahun Baru 2011