Tuesday, November 23, 2010

Buih Sabun

Bubble
19hb November 2010
Depan Umah


For non-particular reason atau dalam melayunya takda apa nak buat layan jap bebudak main bubble kat depan umah...


Kalau nak beli kat kedai singgit sebotoi padahal kalau korang tau nak wat tak yah bazir duit, bayangkan sebotoi singgit kalau sepuloh botoi dah berapa kalau seratus botoi pulak camna<--takan banyak="" beli="" camtu="" div="" nak="" pulak...="" sampai="">

Senang jerr nak wat bubble ni,tak yah larr kot wat tutorial kan...korang buboh satu sudu sabun(sunlight),satu sudu cuka then air setengah gelas then kacau hingga sebati yerr puan2...dah jadi,senang jerr kan..selamat beramal

Saturday, November 20, 2010

Terbaek dari ladang

Puncak Mutiara, Bukit Mertajam
14hb November
16:15Hrs
Makan2

Aktiviti sepatutnya bersama2 ngan team menang Futsal tournament ari tu..tapi disebabkan duit hadiah kemenangan telah diagih2kan sebelum waktunya maka player2 bertindak untuk tidak menghadiri majlis ni..dah dapat duit gelap mata larr jap

Tapi takpa biarkan si Luncai terjun dengan labu2nya...hanya beberapa orang ja join makan2 ni,tempatnya sebenarnya dalam sebuah ladang dimana binatang2 seperti Burung Unta,Rusa,Arnab,Kambing,Ayam Kampung ,Ikan Patin,Ikan Baung dan beberapa jenis tanaman <--ayat2 aku ni dah cam siri Explorasi kat TV1 dah pulak..

Selain menu utamanya Nasi Beriani Paha kambing (gambaq tadi),desertnya pulak ABC puncak Mutiara ..ni 2 orang belum tentu abess,ari tu kami berempat baru abess..

Suggestion: kalau nak mai makan kat sini try larr nasi beriani paha kambing dan sate rusa...perrgghh kenyang syiott

Makan ala2 barbarian...kalau korang satu ari tak makan order jerr nasi beriani paha kambing gerenti satu ari tak yah makan dah..

Tagline "terbaek dari dari ladang" memang patut kat restoran ni,sebabnya segala bentuk makanan adalah dari dari ladang sekitar ni...

Thursday, November 18, 2010

Sport Carvinal:Bowling

Anyway.. "selamat hari raya aidil-adha"...

Lepas2 ni aku akan updated entri yg back dated punya..memang sekarang tak sempat nak updated on time dah,kesibukan dunia semakin melampau...

Event kali ni ialah company nyerr sport carnival:bowling yang berlangsung kat megamall prai..

Team kami kali ni hadir bersahaja saja memandangkan badminton and futsal dah sapu bersih ,so bowling ni kasi chance lak kat team lain..takott2 tahun depan depa tak mau buat dah ya larr asyik2 kami ja menang...

Tapi sebenarnya aku bukan minat sangat permainan ni disebabkan kalau join game ni dapat t-shirt free so layan ja larr...overall sport carnival ni berjalan lancar..insyaAllah tahun depan kita akan pertahankan kejuaraan..

Tuesday, November 2, 2010

Piala Malaysia:Kami Juara

Setelah 89 tahun menanti akhirnya Piala Malaysia piala idaman seluruh rakyat malaysia jadi milik Kelantan...syabas Kelantan dan tahniah pada para penyokongnya...

Dan ini pulak piala idaman tempat keja aku,CEO Challenge Trophy,kali ni 27 pasukan berdaftar bakal merebut kejuaraan..

Aktiviti dimulakan dengan taklimat dari Pengadil bertauliah dan sedikit sejarah tentang Futsal dinegara kita,jangan risau soklan2 berkaitan sejarah futsal takan masuk dalam kertas peperiksaan SPM nanti..

Aktiviti dirancakkan lagi dengan senamrobik..punya mau larrr depa!!!..walaupon gerak senam turr simple2 ajerr tapi bila dah geng pompuan yang instruct tetiba ja meriah...u know what i mean..hehehe

Lepas senamrobik ,senam lagi --> stretching kononnya..bukan apa takut2 tengah dok main satg tergeliyat ka apa ka, payah..dan aktiviti ini jugak buleh mengurangkan rasa gemuruh sebelum game..

owh ya...gambaq2 time game tak sempat dirakamkan pasai aku pon dok pulun main jugak,sedaq2 dah sampai final ..time bilanya aku nak snap foto kan...untuk pengetahuan hampa semua buat kali pertama dalam sejarah dua pasukan dari satu department telah berjaya melayakkan diri kepusingan akhir..

Pasukan berkenaan ialah Automation A dan Automation B<--hah ni team aku...
Gadis2 litar memberi pose ketika menunggu upacara pemberian hadiah...

Inilah pasukan yang menjuarai tempat kedua daripada 27 pasukan ...

And here is your winner...the Champion -->LKT Autaomation A
for all team member thanks for being part of the winning team...yeah!!!