Monday, September 20, 2010

Syawal menjelma

Alhamdulillah ...setelah sebulan berpuasa hari kemenangan pon tiba ,seluruh umat Islam menyambutnya dengan penuh girang...Selamat hari Raya..!!!

Syawal kali ni memang begitu meriah sekali bagi aku,len macam pulak rasanya ..adakah syawal yang terakhir or mungkin baru paham erti kemenangan turr..seriously memang meriahnya sungguh luar biasa...

Aktiviti raya tahun ni pon berbeza ,biasanya hanya tunggu orang bertandang ke rumah tapi kali ni kami lak keluar ziarah orang...1st day ajerr 6 buah rumah telah diziarahi,ini semua kerana aktiviti menjejak rakan2 ibubapaku ..semua berlaku belah utara sahaja..

2nd day kami ke Taiping serta Ipoh,jugak aktiviti serbu dan makan rumah saudara mara...hahha,biasanya kalau dari taiping ke ipoh mengambil masa 45minit tapi ari tu 3jam baru sampai...maklum larr raya

gambar mereka yang kenyang....

3rd day aku lupa lak watpa...tapi 4th day keluar beraya ke rumah rakan2 bersama rakan2 ...banyak lagi umah tak dikunjungi,tapi apa bley wat masa dan situasi tak mengizinikan insyaAllah..kalau bekesempatan nak jugak ziarah mereka ...

11th day dah mula keja...hurrmmm malassnyerrr

Monday, September 6, 2010

Kad Raya untuk anda...

Nak dekat..nak dekat dah(sambil dengar lagu dendangan Dayangku Intan)....tak lama lagi kita bakal menyambut ari kemenangan iaitu aidil fitri ..macam mana persiapan?

Alhamdullilah tak lama lagi kita bakal menyambut hari kemenangan iaitu aidil fitri selamat tinggal ramadhan..Ramadhan sebenarnya melatih kita mendisplinkan diri , selama ni mungkin jarang ke masjid,mengaji Al-Quran,Solat Tahajjud or sebagainya,kalau diikutkan tiada bezanya pon pada bulan2 yang lain tapi kenapa kita masih tak mampu melakukan perkara2 turr nampak sangat larr kita ni makhluk yang lemah kan??!!...jadi perkara2 ni jangan larr hanya berlaku pada ramadhan sahaja,kalau bley terapkan pada setiap masa ..InsyaAllah

Biasanya Rm500-RM600 akan dihabiskan untuk persiapan raya dengan baju teluk belangganya,kuih raya,lemang ketupat,langsir (kenapa time raya jerr nak kena tukar ) or sarung kusyen...tapi jangan dok wat lupa zakat fitrah yang hanya Rm7 (harga yang ditetapkan di kawasan Penang)

Memang tak heran pada malam raya semua pakat dok berjaga sampai 2-3 pagi ,maklum larr semua sanak sedara pakat dok balik mai..sambil2 turr ada yang dok kacau dodoi ,rebus ketupat,bakar lemang or jahit seluar <--adakah?....harus diingat Solat sunnat aidil fitri jangan dilupa setahun sekali jerr bro...dan jangan lupa wat silent mode or off jerr handphone turr kerana tiada yang lebih penting daripada panggilan Ilahi...

Dikesempatan ini aku memohon ampun maaf jika tersalah komen or tekasar bahasa pada seluruh pembaca blog yang tak seberapa ni,kawan2,rakan2 blogger,photographer dan seluruh umat Islam khususnya...

Friday, September 3, 2010

ramadhan @ opis

gelarr larr bulan posa ni entri asyik bab berbuka ajerr.. ni pon cerita buka posa lagi

Kali ni berbuka di kafe opis pulak,konsep kali ni beli and longgok..maknanya pakat2 beli kat pasar ramadhan bawak balik and longgok...tak kesah ko beli apa masing2 share rasa...

mandur sedang memberi taklimat sebelum berbuka....

walaupon demikian juadahnya tetap istimewa...

ni pulak kes makan bagi tumpah ...hah jadi cleaner larr de,nyata sekali konsep begini mengingatkan kembali time dok umah sewa dulu...seronok kan..heheh

Wednesday, September 1, 2010

Ramadhan : Yasmeen nasi kandaq

Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan...opss turr tema tahun lepas,hehehe...sempena public holiday ni rata2 rakyat Malaysia mengambil kesempatan membelanjakan sejumlah wang untuk bershopping...

aku pulak mengambil kesempatan ini untuk berbuka posa bersama rakan BFF kata orang sekarang ni,tapi bagi aku depa ni bukan BFF tapi lebih pada brotherhood..

Destinasi perjumpaan di parkir kereta...sampai2 ja teruih sembang maklum larr jarang2 berjumpa...

Inilah tempat melahap kami,sebenarnya banyak lagi tempat best2 untuk berbuka tapi restoran ni adalah tempat kami berkunjung saban tahun so let it be classic for us...

Beriani lagi...perrghhh,walaupon tak bley celen hameediyah tapi lauk2nya tak menghampakan lebih2 lagi kalau amek daging kambing

Banyak topik yang dibincangkan dari topik tambah anak hingga tambah bini(ehhh ada ka)...maklum larr depa ni semua dah kahwin...aku nampak kurus sket ketika ni

Setiap tahun memang tempat ini jadi pilihan ,harap tahun bertemu lagi...sapa lak punya turn open table ??