Monday, August 30, 2010

majlis berbuka bersama rakan sekerja

haha..maseh lagi dengan isu berbuka posa..kali ni kat mana pulak??

Pen-Mutiara Kari Kepala ikan memang antara destinasi popular untuk berbuka posa dan tempat ni jugak adalah destinasi berbuka kami...

Kali ni dengan rakan2 seperjuang dari satu tempat keja...segala kejadian berlaku pada jumaat lepas 27hb Ogos...

Menunya dah tentu larr kari kepala ikan..peserta kali ni agak sopan pulak aku tengok biasanya time2 camni makan mengalahkan pirahna tapi kali ni control pulak ...baguss ada improvement ,camni baru larr leh bawak pi majlis

Sebenarnya dalam jadual ada satu trip lagi aku kat sini tapi ngan geng lain pulak ..maybe minggu depan kot...

Friday, August 27, 2010

Berbuka di Hameediyah

Seperti dijangkakan...2nd week of ramadhan penuh aktiviti berbuka posa kat luaq

sebelum2 ni aku hanya berbuka kat masjid atau kat umah sekarang terpaksa ubah chanel sebab banyak jemputan berbuka <--kalau jemputan turr free takpa larr jugak ni berbayar plak...

Kali ni berbuka kat restoran Hameediyah kat campbell street ,tipikal penang sure tau katna tempat ni..

Dibulan ramadhan ni tempat ni selalu fullhouse so,dinasihat utk booking terlebih dulo ataupun datang awai..tapi kalau datang awai jenuh lak nak menunggu waktu ,tengok turrr sian letih menunggu...posa ka?

suasana dalam restoran ni memang menarek setelah diubahsuai tiada lagi unsur2 mamak tradisional sampaikan waiter/waitress pun org melayu dah sekarang ni...

Menu utama kat sini dah tentu larr nasi beriani....kalau sebut Hemeediyah dah tentu ingat nasi beriani...

sebenarnya restoran ni adalah favourite mak bapak aku,sejak aku kanak2 lagi memang dah penah mai sini ..rasanya memang tak penah menggecewakan...apalagi try larr sekali pasti berbaloi2


Tuesday, August 24, 2010

majlis berbuka yg pertama utk tahun ni..

Alhamdulillah..segalanya berjalan ngan lancar,dah lepas 10 ari dah kita berpuasa sepertimana dimaklumkan 10 yang pertama Allah turunkan rahmat,10ari pertengahan pengampunan dan 10 ari terakhir kelepasan api neraka..jadi harap2 kita semua dapat segala rahmatNya,keampunan serta kelepasan dari api neraka..

Kini tiba suatu lagi cobaan ...apakah itu?
Buffet ramadhan !!!!...kalau 10 ari lalu aku berjaya mengekal bentuk badan yang unggul siap ngan six pack lagi...perrghhh...dengan kedatangan acara2 berbuka ni payah nak maintain plak...haishh

mak aii menarek plak juadah2 yang disediakan

alo bro,tau larr lebih 13jam tak makan tapi takan macam turr sekali juadah berbuka ...agak2 larr

1st menu aku ari turr ,sup bebola ketam...starter kena light2 dulu ,enjin mercedes pun kalau setat enjin terus tekan boley hancusss woooo....

bila dah lapik kecik tadi baru larr masuk gear 2 tekan sket...turr nasi sket ja turr lauk banyak standard larr makan buffet...

side order ...sate yang bukan dari kajang

Rojak buah pon ada ...ni menu ke-4

Menu seterusnya ABC or kat belah utara panggey ais kacang kat New Zealand takde ni...hehehe

Last but not least ...minuman panas --> coffee (speaking London sket)

Majlis berbuka tersebut diiringi dengan pemuzik tempatan yang pasti bukan Blues gang tapi Pak Ali and the Gamelan Boyz...

Dan mereka yang kenyang serta gembira pada malam turrr...

kat mana majlis berbuka ni???
Sunway Convention Centre,Seberang Jaya

Berapa Rm??
RM49.00nett

Thursday, August 19, 2010

Ramadhan 1431

Ramadhan al-mubarak datang lagi...bulan ramadhan yang lebih sinonim dengan panggilan bulan posa adalah bulan ke sembilan dalam kalendar Islam

Definasi ?
time budak2 dulu seawai umur 7 tahun time aku setat posa(gelarr lmbtnya aku setat) maksud posa turr tak bley makan dan tak bley minum waktu siang.. korek idung idung kerr,berendam dalam air lama2 ka or perkara2 yg bley membantaikan posa aku tatau...
Maksud posa ni sebenarnya menahan diri daripada makan dan minum serta mengawal nafsu dari melakukan perkara2 maksiat dan dalam ertikata lain melatih diri untuk cenderung melakukan perkara2 yang diredhaiNya..ada jugak berpendapat bahawa bulan posa ni mendapat mengukur kematangan seseorang dari segi pengawalan nafsu,mental dan sifa amarah seseorang..wah dah cam motivator dh pn

Faedah dan ganjaran?
Banyak faedah dapat kita perolehi ketika berpuasa selain melatih diri bersikap sabar,shidiq(benar) ,insaf,amanah dan dari sudut sains pulak keindah berpuasa ni dapat mengawal berat badan juga merehatkan organ2 dalaman yang mana selama 11 bulan berfungsi tanpa henti..pada aku sapa yang ingin menurunkan berat badan inilah masanya tambah pulak ngan sunat terawih 20 rakaat insyaAllah berat badan anda dapat dikawal tapi pastikan larr time berbuka turr tak larr melahap cam sepuloh ari tak makan..time budak2 dulu yang aku tau setiap sehari posa dapat singget dan kalau cukop 30ari bapak aku akan genapkan jadi RM50 tapi haram tak penah cukop..

Daripada Abu Said al-Khudri, katanya, Rasulullah bersabda: “Tidak seorang pun daripada hamba Allah yang berpuasa sehari dengan niat kerana Allah, melainkan akan Allah jauhkan mukanya daripada kepanasan api neraka sejauh perjalanan 70 tahun lamanya.”

Semoga kita sama2 dapat menjalani ibadah posa ni dan doa2 kita dimakbulkan Allah..suatu benda yang paling suka bila tiba bulan posa ni ,time ni tak kira larr anda seorang Engineer,Polis,Manager, Lawyer or pengawal keselamatan anda akan pasti merasa perasaan yang sama iaitu LAPAR..sebenarnya Allah nak bagitau kat kita semua bahawa kita semua sama ja bezanya cuma amalan kita <-- dah cam lirik lagu Yantzen pulak

Yang lemah dari aku, yang baek hanyalah dari Allah s.w.t

Monday, August 16, 2010

Sebelum posa

tarikh: tiga ari sebelum posa iaitu 8hb Ogos(ari ahad)
sebelum turr maseh belum terlambat bagi aku mengucapkan salam ramadhan pada rakan2 blogger,kawan2,opis2 mate serta rakyat malaysia umumnyerr(cehh macam satu malaysia baca blog aku)

berbalik pada aktiviti aku 3 ari sebelum posa turr,dimana telah diadakan perlawanan persahabatan antara kaum veteran dengan pemuda taman desa sena kat stadium terbuka Bertam atau lebih dikenali Stadium Milineum...

Actually acara ni adalah acara tahunan untuk penduduk desa sena ,walaupon aku bukan dari situ tapi maseh lagi dijemput untuk memeriahkan keadaan..agak gempal pulak aku ketika ni,sekali pandang cam Ahn Jung-Hwan pon ada...

Selain bergelar penyerang;penjaga gol,defender,bancuh ayaq dan penjaga garisan pon aku jugak..tak sangka pulak begitu versatile aku ni semua sudut bley main ni maklum larr main ngan kaum veteran

Perlawanan persahabatan itu sekali lagi dimenangi oleh Pemuda ,tapi kali ni dimenangi secara sepakan penalti setelah kedudukan sebenar 1-1

Wednesday, August 11, 2010

bukan majlis berbuka puasa

Nak cerita sket gath sebelum ramadhan ari tu...

Pada asalnya gath turr nak dilangsungkan kat cafe jeti jerejak tapi disebabkan kepadatan pengunjung yang datang kat situ hinggakan order ayaq pon 2-3jam baru dapat so terpaksa larr cancel venue ke Nurul cafe ...

Tak ramai pon yang hadir,tapi tapa kita perlu sangka baek lebih2 lagi dah setat ramadhan ni..
Juadah utama malam turr,gelarr terliur pulak time aku upload gambaq ni...

Perjumpaan kali ini tiada tema apa2 hanya larr sembang2 kosong,tukar2 pikiran dan menghabiskan makanan..

Majlis diakhiri dengan acara berkaraoke,acara yang aku tak aspect..tapi layan,boleh gak tengok bakat2 terpendam mereka2 ni nak harapkan aku...hampehhh!!! hehehe

Monday, August 9, 2010

macam best pulak

Anda pernah makan makanan tradisi Jepun dak??? ya Sushi,pernah dak??

selama ni aku tak pernah rasa pon dan tak teringin langsung nak merasainya...

Suatu ketika turr aku pinjam keta member untuk menghadiri suatu urusan di luar bandar,kebetulan time turr dia masih ada balance sushi yang dia tapau ..untuk tidak merugikan semua pihak dia offer aku perabis sushi...pada mulanya memang aku menolak sebab aku mana penah makan sushi ni satgi muntah kerr apa ...

Mungkin disebabkan dah kenyang sangat kot dia pon wat tatau ja ,kalau aku takmo makan buang ja ..tapi hang try dulu larr katanya,memang sepanjang perjalanan turr aku tak pandang langsung sushi ni..ntah kenapa sesampai ja kat destinasi turr lapaq pulak perot ni time turr jam dah hampir satu pagi...mau tak mau try sket sushi turrr...agak2 apa jadi kat aku??muntah kah?...hehehe tidak ,rasanya sungguh enak sekali..esoknya terus aku p cari sushi lagi,breakfast + lunch makan sushi ja...esoknya pulak cirit birit..hurmmm maybe im goin to much kot

Monday, August 2, 2010

Ixmation Vs Semarak

Venue: padang Sony,Seberang Jaya
Date: 31hb Julai 2010
Time: 9.00pagi

Tak semena-mena aku di'import' seketika untuk main bola untuk pasukan Ixmation(majikan lama aku dulu) bagi menentang pasukan Semarak FC...

Ixmation berpakaian ala2 pasukan Belanda @ 'Oranje'...

Jersi ni baru beli ,time aku dapat turr maseh dalam plastik lagi siap ngan tanda harga ...

actually ini adalah perlawanan persahabatan,dimana perlawanan berkesudahan 4-4 tapi diakhiri ngan kemenangan untuk Semarak FC melalui sepakan penalti...

Gambar kenangan sebelum beraksi..maaflarr dua gol jaringan aku turr tak daya membantu untuk mencapai kemenangan dan maaf sekali lagi gambaq game takde ..aku main sapa nak amek gambaq plak kan...