Monday, June 28, 2010

Yang terlibat..Beach BBQ

Sedikit info mereka yang terlibat dalam Beach BBQ baru2 ni....

Kumpulan yang berjaya memperkenalkan perkataan "Perkerti kah" dalam game goreng pisang,mereka adalah Ben,Farid and Shah...


Kumpulan ni pula terdiri kakitangan penjara,pemain biola and atlit sumpit dari Sarawak...
Juara keseluruhan walaupun dianggotai seorang ja lelaki,mereka adalah Musyarina,Wong a.k.a ketua kampung dan Yumi Irina kuznetkova
Kumpulan yang terdiri daripada geng2 tukang masak..tanpa mereka kebuluran larr korang
Kumpulan yang paling kurang menang..girl power larr sangat

Akhir sekali...uruSETIA..hahaha tengkiu

Friday, June 25, 2010

Beach BBQ..Part 3

Sambungan dari part 2...

Hari yang gelap kini sudah terang..lalalala...sebenarnya tiada apa yang berlaku kepada diaorang yang bangun lambat turr,sungguh mulia hati korang semua tidak mengambil kesempatan langsung dikala berkesempatan...
Aktiviti yang tak pernah dilupakan..makan pagi ni disediakan oleh aku,kakak and cik za...terima kasih kepada kami

Walaupun hanya ber'breakfast' roti ,scramble eggs,omelette,sandwich,bihun goreng,puding,roti jala and teh 0 mereka begitu berselera sekali menjamahnya..sekali lagi terima kasih kepada kami..

Setelah kembali bertenaga masing2 ke pantai untuk aktiviti senamrobik dikepalai oleh Ben..hang buat jurus apa turr...gaya meneran agaknya

tak sah kalau dah senamrobik tanpa chicken dance,gambar diatas ni bukan time chicken dance tapi gambar tengah terima hukuman..hukumannya berdiri satu kaki...

Pengaruh Fifa World Cup menular merata2..game seterusnya adalah Futsal,asalnya nak main kat beach tapi sun block semua orang dah abis ,so terpaksa ubah venue ke tempat yang lebih redup...kata pegi beach kena panas sket pun tak leh ka... :/


Setelah berhempas pulas menjayakan futsal ,kami diajak bermain permainan ala2 amazing race..clue diatas ni "orang sering melepas hajat disini ,aku berbau busuk dan kadangkala orang gelarkan ku rumah kecik"...riuh rendah teluk bahang ketika turr,cukup meriah

sessi penyampaian hadiah kepada pasukan yang menang daripada pasukan yang kalah..Ben hang kalah lagi ..

Dan Lucky draw lagi,aku heran betui banyak sungguh lucky draw..bayangkan korang bayar RM40 korang dapat penginapan tepi laut,dapat makan pelbagai makanan,dapat hadiah,dapat lucky draw lagi,dapat bergambar..memang berbaloi

Sessi makan maggi,ni memang tadak dalam jadual

Suatu benda yang paling leceh ketika turr adalah tunggu turn untuk mandi,pasainya bilik mandi hanya ada satu untuk kami 19 orang...

kalau ikut dalam jadual ialah sessi bergambar....kaum lelaki mengambil tempat dahulu

Diikuti kaum hawa..manis2 semua

Aktiviti diakhiri dengan acara makan besar..time ni amat menyedihkan masing2 akan membawa haluan masing pasni,bila pulak nak bertemu semula..tapi aku sebenarnya bukan sedih pasai turr ,aku sedih sebab time ni game world cup dah nak setat dah tapi aku masing kat situ lagi..woi bila mau balik ni...

Special thanks untuk diaorang ni,mereka sanggup datang dari jauh mungkin semata2 kerana perlawaan kami anyway korang memang sempoi..maaf larr terpaksa dibelenggu ngan aktiviti2 kami turr ..next time korang mai kami bawak pi jalan2 pulak na..kita pekena laksa jangguih
Disini jugak aku memohon maaf dikala Event turr terdapat sebarang ketidakpuasan hati maklum larr kita hanya manusia biasa <--ayat tak bley blah..ok kita jupa lagi,keep in touch

Wednesday, June 23, 2010

Beach BBQ part 2

Sambungan dari part 1....

ketika sang suria melabuhkan tirainya,kami masing2 berdoyon2 pulang ke pengkalan tak ubah seperti itik pulang petang dan ada jugak cam kambing balik kandang...

Aktiviti seterusnya -->nyalakan api untuk BBQ,proses yang begitu mencabar...

yang di dapor jugak masih lagi didapor..haishh anak sapa ni,rajin betui elok wat calon ...

masing2 menunjukkan kepakaran memanggang,pemanggangan haruslah berhati2 supaya tidak hangit dijilat api

kakak menyiapkan juadah bihun goreng spesel.apa spesel pon aku tatau...mungkin spesel sebab kerana siap dalam masa dua minit..dah cam maggi lak

Sementera turr,uruSETIA mengemaskini aktiviti games supaya perjalanan berjalan lancar...

Acara yang ditunggu2,menyekik,melahap,melantak,mengkedarah=MAKAN...sedap dowh!! sapa ntah wat sos BBQ turr ,begini rasanya(sambil tunjuk isyarat bagus)

Semua dah kenyang kan..mari ke acara kena mengena pulak,tapi sebelum turr meh kita nyanyi lagu Negaraku dulu sungguh patriotik mereka ini

Akhirnya aku berjaya menterjemahkan permainan Eskimo+Polar Bear,betuilarr tanggapan aku pada mulanya diaorang sure ingat games ni POYO tapi akhirnya baru diaorang tau kehebatan games ni..creadit to LUMUT..hahaha lagi best kalau jadi coordinator games ni kan

Selain games eskimo+polar bear,bermacam2 lain games yang dimainkan termasuk jugak dengan upacara lucky draw..hadiahnya berupa hamper tajaan Habib Jewel...gilarr larr

Terok gak larr games2 yang dimainkan masuk2 ja rumah teruih nak pengsan(tidoq)

sempat lagi bergurau senda sebelum tidoq,tapi jangan risau pompuan2 semua tidoq kat bilik yang jantan2 ja tidoq kat luaq...selalu camtu :-/

Antara penghuni tetap banglo tersebut...kucing turr daa

Gambar bukti mereka yang selalu bangun lambat..kuang3

agak2 apa yang kami wat kat diaorang ni
a)pasang muzik kuat2 kat telinga diaorang
b)simbah air
c)conteng muka diaorang
d)Azankan kuat2 kat telinga diaorang jugak
Nak tau apa yang terjadi ,nantikan episod seterusnya.....Bersambung


Tuesday, June 22, 2010

Beach BBQ part 1

Tarikh: 19hb Jun 2010
Venue: Pantai Kilat,Teluk Bahang
Event: BBQ+Games+mandi laut+lucky draw+cari jodoh..

Aktiviti dimulakan dengan perjumpaan di restoran nasi kandar subaidah tanjung tokong dan majlis dimulakan dengan bacaan Al-fatiha...

setelah cukup korum kitaorang bergerak menuju destinasi

tak semena-mena berhenti seketika untuk bergambar di hadapan Hard Rock,lain2 gamabar buleh dapatkan dalam gelari FB aku...

Cuaca ketika itu sangat panas sekali,lupa pulak nak bawak sun block

Agak2 tengahari sket..acara wajib iaitu makan tengahari dilaksanakan..ya jemput melantak semua..

Tengahari ke petang adalah acara bebas memandangkan 4-5 orang peserta yang belum tiba ke destinasi..

Maka masing2 memanfaatkan masa bebas mereka sebaik mungkin ada yang berbual2 sambil pancing(ayat-mengayat),melayari sesawang dewasa,tidurr...ZZzzz <-- mungkin aku terjebak dalam kegiatan ini..
Tajuk pun "Beach BBQ" so tak hairan larr kalau mandi laut...


Yang pompuan2 tengah bersiap2 untuk makanan malam nanti selain BBQ kita da bihun singapore,fun fries,nuggets,chicken chop,sir lion steak..etc..

kerja2 dapor turr kita biarkan kat kaum pompuan larr kan..yang jantan2 pulak??

bermain bolasepak pantai sambil bermandi manda...


Mungkin agak ghairah tengok geng2 laki dok bermandi manda..diaorang(pompuan2) pon join jugak...dan memonopoli area tersebut..

hampir maghrib baru diaorang naik ke darat...untuk persiapan BBQ
hurmmm....nak cari kayu ..nak cari kayu..
bersambung.....

Friday, June 4, 2010

Sedim extreme challange..episod part akhir

Sambungan...
Korang perasan dak sebelum kita wat night walking turr,time baru nak baca doa perjalanan tetiba bro syam suluh lampu kt atas pokok ...korang tau dak ada apa?hehehe..paham2 aja larr,sebenarnya time night walk turr diorang nak wat aktiviti burung antu tapi disebabkan perkara turr berlaku so diorang batalkan aja takut2 jadi benda len...

Tapi nasib baek suma dapat tidoq ngan lena malam turr ,mana tak nya letih larr katakan,pagi2 turr cm biasa pagi yang tak berapa nak pagi..semua dengan tak mandi berjaya menghadirkan diri..

hadirkan diri untuk aktiviti seterusnya,aktiviti yang ditunggu2 iaitu rafting..yeahh

peserta begitu tekun menjalani taklimat sebelum ber'rafting',sedikit kesilapan boleh membawa padah..

Mereka yang bersedia ..cam biasa cik jijah memberi pose sebelum berlepas

memandangkan ari tu air agak cetek so peserta terpaksa turun ke hilir untuk mendapatkan starting yang lebih baek...

Skipper yang iras2 muka Johan Rajalawak menunjukkan skill beliau..

Maaf tiada gambar rafting ketika ini disebabkan orang yang bertanggungjawap turr pon join jugak,tak semua yang dapat pi wat rafting turr serentak so sapa yang pi second trip turr leh wat aktiviti bebas cam mafazi ni-->rock climbing...

Setiap satu trip mengambil masa dekat2 2 jam ,apa lagi nak wat -->tidoq jap

Or isi perot

memang cantek permandangan kat sungai sedim ni ..rugi larr sapa tak datang

Aktiviti terakhir kitaorang tree top walk

beratur dulu sebelum memasuki jambatan ni,perhatian!! satu trip paling maksimum 12 orang kot tak salah aku untuk melalui jambatan ini...

Jambatan yang berkeringgian hampir 2000m dari permukaan bumi ini dibuka setiap hari..

Permandang dari atas ni lagi menarek...perrghh


Sebelum berakhir acara pembahagian hadiah kepada pemenang..kumpulan Enam Jahanam menjuarai kali ini...congrat...

Dua hari di sungai sedim memang memenatkan tapi berbaloi ngan semua aktiviti2 turr rasa nak repeat lagi larr tapi nk kena tunggu air dalam sket baru best...

Time balik turr kitaorang makan di sekitar kawasan Kulim,gambar diatas menunjukkan incik zambri mengayakan aksi permainana biola..adakah beliau ini ahli musik..!! or hanya untuk menarek perhatian Kakak..

Nampak sangat semua enjoy ,disini saya memohon maap sepanjang 2 ari turr jikalau saya or kawan2 saya ada berlaku terkasar bahasa tersilap kata or terguris ati harap maapkan next time kita pi lagi ok...
Untuk makluman next event kitaorang akan ber'BBQ' +2 ari 1malam kat banglo jikalau berminat hubungi saya (sila lihat iklan kat top side wall 'Next Event')