Tuesday, March 30, 2010

'camping' bukan kempen larr bro..episod 2

Okay sebelum kita meneruskan episod kedua ni,sedikit ucapkan tahniah wat aku sendiri pasainya ini adalah entri ke-100 aku..hahaha giler asalnya saja syok2 ja ..dok tak dok dh 100 entri ...ucapan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan walaupun blog aku ni tak larr sehebat mana dan aku pon bukannya Blogger feymes..tak sangka dowh dh capai 100..

Berbalik ke perlawanan bolasepak pantai,ya memang begitu sengit dan tenggit bau badan mereka.Perlawanan berkesudahan seri 0-0,mana tak nyer yg pompuan asyik sepak ke laut si jantan2 asyik wat body contact aje<-- aku pon teringin gak tapi disebabkan maseh dlm keadaan berwuduk aku batalkan saja niat suci murni turr..
Walaupun berkesudahan seri atau draw kata orang puteh,kedua2 pasukan meraikannya umpama menang world cup lak...caya lah

Ni pulak aksi sejukkan badan tak kurang jugak yang memanaskan badan..hehehe

Diorang ni dah masuk dalam air mengalahkan badak air..turr siap main naga laut larr pulak

Games seterusnya: tug of war versi dalam air..

Kumpulan yang berpakaian berwarna(selain itam dan putih) menamakan kumpulan mereka sebagai rumpai laut..bersedia berjuang...yeaaahh

Lawan mereka yang berpakaian seksi ehh bukan, berpakaian kaler itam dan putih menamakan kumpulan sebagai buah bacang...

Pusingan pertama dimenangi oleh pasukan Buah Bacang...kuat tul tak sampai seminit tergolek dog pasukan lawan...

Pusingan seterusnya jugak dimenangi oleh Buah Bacang...agaknya pasai pasukan lawan tak tahan bau buah bacang turr kot

hampir 3 jam beraksi dan berendam nek kecut dah aku tengok..turr yang kanan sekali posing baeeekk punya...hehehe

Bergambar berkumpulan untuk kenangan kita bersama..

Dan secara berkumpulan jugak kitaorang bergerak balik ke tapak perkhemahan.Balik sana mandi ,syampoo,buboh bedak ,sikat rambut dan tak perlu aku pertontonkan disini..antara yang awai bersiap boleh larr lapik 2-3 keping roti gardenia yang begitu enak dimakan begitu saja..

Kalau dah 'camping' turr tak sah kalau takda unggun api dan berlari2 mengelilingiya,dalam gambaq ni ialah Tok batin yang memulakan upacara...

Keletihan memang sah2 kat muka sorang tapi nak wat camna perot harus diisi jugak...

Menunya ialah : burger dan sosej panggang<-- tapi dalam menu list tulis ayam masak kicap
Dapur kedua pulak masak steambot yang diterajui oleh chef Mus dan Mafazi tapi bila keluar dapat maggi...hehehe

Pas makan acara diteruskan dengan lucky draw,ya itulah pemenangnya untuk cabutan pertama bukan hadiah pertama sila jangan salah paham disitu...ewah posing,gediks sekali..hehehe

Bila time kat sini aku betul2 teringat games polar bear,aku pon tatau pasai pa..tapi kitaorang main games kotak beracun...

Gamesnya lebih kurang camni ;bila muzik dibunyikan peserta haruslah passing kotak pada org sebelah dan bila muzik berhenti sapa yg maseh pegang kotak turr dia akan dikenakan denda.macam2 denda diorang ni wat ada yang kena menari,aksi sakit perot,aksi down sindrom dan lain2 lagi...

Tak semena-mena ujan turun ngan lebatnya tanpa ada satu signal pon,habis bertempiaran masuk ke khemah masing2.malangnya khemah kami bocor...tengok saja muka masing2 tension tengok orang len dapat tidoq dengan nyenyaknya dalam khemah yang tak bocor...

Hampir 2jam baru larr ujan seriyat(reda),aku tertidoq jugak time turr namun terjaga akibat dengkuran khemah sebelah yang begitu syahdu sekali..jaga2 ja tgk ada lak pot ni...hehehe

INGAT : JUDI ADALAH HARAM ..walaupon muka ko tak clear tapi kami tau siapa ko...hehehe

aku pun tak ingat kul berapa aku tidoq malam turr,sebenarnya kami ada terdengar macam2 time korang semua tidoq....nak tau apa kami dengar dan nampak nantikan episod seterusnya...mak aii panjang lagi kerr


Monday, March 29, 2010

'camping' bukan kempen larr bro..episod 1

Sabtu baru ni aku mengikuti perkhemahan di salah satu tempat kat Taman Negara Pulau Pinang kelolaan Layan2 team<-- ntah betui kot nama group ni,tapi memang layan diorang ni(ehh bodek sket)..sepanjang perkhemahan berbagai insiden berlaku penuh drama dan aksi..paparan kali ni mungkin mengambil masa 13 episod kot baru abes.. Yang join camping turr lebih kurang 24 orang ,tapi aku cuma kenai hanya beberapa orang jerr..tak kesah,cam gath kat genting ari turr langsung tak kenai sapa pon sebelum turr layan gak..

Meeting point kitaorang kat restoran mamak Khaleel Gurney Drive,cam biasa larr janji kul 9pagi kul 10 baru semua turn up termasuk aku...actually aku dh bgtau memang akan lambat<--ceh alasan..hehehe Tanpa membuang masa walaupun telah membuang banyak masa dan air,Ina yang bertindak selaku ceti memainkan peranannya paw duit larr apa gi...

Ceti tak berlesen mengira2 duit paw,ada dialog sket kat sini:
cepat sket kira duit turr u,kalau tak reti kira pakai henfon ni ada kalkulator dlm turr..slow tol..hermm
ehh tolong sket igt ai xreti kira ka,takat jumlah banyak ni ai leh kira sambil tutup mata tau

Ada kejadian malang menimpa aku,bumblebee(keta kaler biru air laut) aku tiba2 meragam kat suatu kawasan pembinaan,korang nampak dak Optimus Prime tengah bawa batu-bata kat belakang turr..keta aku memang tak dapat diselamatkan terpaksa towing ke kedai..nasib baek bro Azly mai menyelamatkan aku ,kitaorang terpaksa blah dari situ pasai rombongan dah pun sampai..sebelum blah aku pantun sket kat situ:
batu belah batu bertangkup
boleh blah boleh melingkup...


Untuk sampai ke tapak perkhemahan turr kami terpaksa meredah utan selama 15minit jerr kot tapi berpeluh gak larr..sesampai jerr disana khemah2 telah pon disiapkan,kedatangan kami disambut baek oleh bekas atlet ginrama..hahaha jangan marah bro..

Sejurus kendian comittee wat meetin kecik untuk atur cara seterusnya

Yang bukan comittee lak ditugaskan untuk menyiapkan makanan tengahari sambil bergossip..

Masak apa turr nampak cam best jerr...

Aik maggi jerr tengahari ni..maggi pon maggi larr janji kenyang,turr yang senang nak masak pon

Stok maggi dan lain2 untuk peserta 24org melantak...

Memang sodap dowh..masa rehat tengahari ni kebanyakan menu adalah maggi yang disediakan oleh kakak(lupa lak namanya)

Tamat masa rehat kami diperintahkan berpindah lak bagi mengelakkan banjir(kononnya)

Kami berpindah randah bagaikan orang nomad ke kawasan yang lebih menarek dan tinggi

Oh ya..kat dalam Taman Negara ni ada titi gantung jika sesapa berminat sila amek tiket dulu kat entrance Taman Negara,gambaq khemah tadi diamek dari atas ni tapi aku tak kena tiket pasai menyamar jadi cameraman ..steady dak...hahahha

Inilah antara punca berpindahan dekat ngan air..leh celup kaki dalam air ala-ala puteri bunian bersiram..

Aktiviti pertama; ber'hiking' ke Teluk Aling yang berdekatan USM R&D site.perjalanan mengambil masa 15minit bersamaan ngan 770meter dari tapak perkhemahan..

Setelah berpeluh ketiak dan celah paha,akhirnya kami sampai jua...dan posing secara berkumpulan...

Tengok betapa gembiranya mereka setelah menjejakkan kaki di pantai Teluk Aling..ganass pulak aksi si Elly turr..tapi beliau memang happenin...

Seketika disana tetiba...si Hashim @ Mafazi (yg mana satu nama dia pon tatau) terjadi pertemuan umpama jejak kasih,Hashim 'ter'bertemu dengan jiran keluarga angkat beliau yang iaitu Mr. Albert Jagger...hampir 8 tahun dulu beliau berkelana di bumi kangaroo..aksi peluk2 tubuh tidak dapat di'publish' disini kerana aksi turr agak melampau...hehehe

Okay berbalik kita kisah camping kita,lepas rehat aktiviti diteruskan ngan permainan bolasepak pantai

Bila gurls and boys join together main bola memang riuh jadinya..owh ada bayang2 aku disitu,nampak cool ja..

Kita berhenti seketika,nak tau apa jadi?sapa menang? ada org lemas dak? nantikan episod seterusnya....

Friday, March 26, 2010

Nak pakai bahasa apa tatau kat dia ni...

Lain yang disuruh lain pulak yang dibuatnya,ni lah punca utama aku malaih nak gunting rambut.Tapi bila dibiarkan panjang leceh gak nak menjaga,membelai dan panas dowh...memang tak dinafikan rambut aku agak panjang ,terfikir pulak nak trim sket kasi nipis sket .Nak jadikan cerita aku dah bagitau suh dia repair and trim sket pasai nak simpan panjang ,dalam dok kata turr dia pi tarah bagi pendek dah turr wat fesyen ntahapapa ntah...macam haram..Mungkin dah jadi satu tabiat para pengunting dalam kepuasan mengunting rambut.Mereka ni tak puas kalau jenis gunting sket2 ni...abes RM14 aku.

Tengah sibuk2 tukang gunting turr mene'rim' rambut aku ,ada sebuah keluarga masuk kedai sambil anak pompuan mereka berlinangan air mata(lepas menangis kot) ,mak dia bagitau dia pi gunting rambut sendiri (benda turr biasa terjadi time budak2 maklum larr budak2) .Okay berbalik pada cerita tadi,tukang gunting turr pon try pujuk budak pompuan turr sambil bawa dia ke kerusi .Beliau memuji2 rambut budak pompuan turr(kononnya nak pujuk larr kot) then berkata pada mak budak pompuan turr,"awat tak bagi dia pakai tudung,kat sekolah dia tak leh pakai tudung ka?".mak budak turr jawap,"dak aihh buleh aiih pakai tudung,dia budak gi tak reti ..tak pa larr" dan tukang gunting turr berkata lagi,"time budak2 kecik ni larr kita nak ajaq dia,sok besaq payah dah melawan kata"....aku agak terkejut dan nak kata seronok tak seronok nak kata marah tak marah ngan jawapan turr...ntah larr...semoga Allah beri hidayah pada umat seluruh alam..and For Your Information tukang gunting turr berbangsa cina dan beragama Buddish ...

Kesimpulannya: aku trim rambut aku sendiri kat umah dan rugi RM14 ,rupanya seni gak tangan aku trim rambut ni...heheh

Tuesday, March 23, 2010

KL-Putrajaya-Tapah

Hujung minggu lepas aku di'kidnap' oleh salah seorang rakan untuk menemani beliau ke KL..pada mulanya tak tau larr apa motif beliau ,dok tak dok kul tiga pagi kol aku suh siap teman gi KL katanya..

Dalam keadaan kemamaian aku pun ikut jerr larr...memang tak ingat apa dah time turr sepanjang jalan aku bantai tidoq...ZZZzzz...
Diorang lepak kat sebuah Hotel area Bukit Bintang,sampai ja sana bantai tidoq lagi..gambaq ni adalah dari dalam terowong SMART..

Rupanya agenda utama diorang adalah boling di Putrajaya..bukan setakat main jerr sebenarnya diorang wat friendly ngan salah satu Jabatan Kerajaan ..jabatan apa ntah aku pun tak ingat

Salah seorang peserta membuat balingan..ada style larr bro

wah manis senyummu,pandang tak jemu..

Peserta yang mengambil bahagian,suatu perkara yang aku perasan kat Boling Putrajaya ni ialah kesemua pengunjung dan pemain kat situ semuanya melayu susah betul nak nampak bangsa len..

Ni acara biasa larr selain bermain boling acara bergambar dah jadi kewajipan diorang

Bukan friendly bodow2 jerr ni siap ada hadiah lagi..apa hadiahnya dan sapa pemenang utamanya jom kita tengok...

Ya pemenangnya ialah Makcik Latipah yang jugak menangi hadiah berupa telefon Blackberry curve8905 <-- anda tertipu disitu hehehe

Gambaq kenangan backgroundnya bangunan kementerian perdana menteri..gambar memang blurr disebabkan penggunaan built in flash sahaja..

Esok pagi2 time yang agak sama kitaorang gerak balik larr jap ja kan

Kitaorang singgah sebentar kat Tapah menikmati nasi lemak untuk breakfast..perrgghhh memang best,sambil2 turr aku dikelilingi aweks2 sebagai tanda kenangan..
Pada geng BTF : sori arr perjalanan ni agak singkat dan padat tak sempat nak inform dan jumpa korang...maybe next time