Tuesday, February 23, 2010

Outstation <-- pon boleh wat entri

Mulai esok until next week monday aku akan silent mode seketika -->takda blogwalking/facebooking..sebabnya aku dihantar bekerja diluar kawasan ataupun dalam bahasa omputihnya 'outstation'..

tak larr jauh mana pon diorang hantar kat Kulim Hi-tech jerr..len kali hantar larr gi Europe kerr,Costa Rica kerr,China kerr..etc..takat Kulim turr 35minit jerr dari rumah(jika menunggang yamaha 135LC)

-->'Puan' Musliha:
walaupun saya mempunyai handphone yang lebih canggih dengan kemudahan aplikasi seperti reminder,organizer,GPS dan sebagainya..tapi harus diingat manusia adalah makhluk yang sering lupa..so tolong ingatkan saya tentang kotak kek ari khamis ni...tengkiu ;p


Monday, February 22, 2010

Everton 3 - 1 Man Utd...glory..glory..and story

the blues(Chelsea)terus melebarkan cengkaman Liga perdana Inggeris dengan kemenangan 2-0 keatas wolverhampton di Molineux stadium.Dua gol hasel jaringan penyerang berbisa Didier Drogba pada minit 40 dan 67..

Bagaimanapun seteru mereka mengalami kekalahan 3-1 kepada Everton di Goodison Park.Bersaksikan 39000 penonton Dimitar Berbatov membuka jaringan pada minit ke-16 akibat insiden kelam kabut di kotak penalti.Namun kegembiraan MU tidak bertahan lama apabila Bilyaletdinov(susah betui nak sebut) merapatkan kedudukan dengan jaringan cantik pada minit ke-19.

Ayam tambatan MU Wayne Rooney langsung tak diberi peluang bergerak sambil di beri tekanan oleh penonton yang diejek setiap kali beliau mendapat bola.Permainan dilihat lebih memihak kepada tuan rumah dengan beberapa gerakan yang lebih teratur.Pada minit ke-76 Dan Gosling permain yang baru dibawa masuk telah menjaringkan gol kedua,keperitan MU semakin parah pabila permain muda England Jack Rodwell menambah derita Red Devil pada minit2 akhir perlawanan.

For MU fans keep your finger cross,i dont think MU can be champ this year jarang sekali satu2 pasukan yang kalah lebih dari 5 kali menjuarai liga...Hingga kini MU telah pun mengalami 6 kekalahan

Di samping itu Liga tempatan jangan dilupakan,kehangatan pusingan kedua piala FA baru sahaja berakhir semalam yang menyaksikan kekalahan pasukan Kelantan (pasukan feveret aku)yang kecundang berikutan jaringan ditempat lawan oleh pasukan Kedah.

Kenapa Kelantan jadi pilihan?

Untuk jawapan itu aku beri sedikit kenyataan tentang liga tempatan; tiga buah negeri yang stadiumnya pasti penuh bila perlawanan diadakan ialah Kedah,Perlis(lani dh berkurang) dan Kelantan.If we look in positive side Kelantan semakin bangkit memulihkan reputasi untuk menjadi pasukan handalan tempatan,cuma perlu mengikis sikap 'hooligan' para penyokong.Sistem pentadbiran pasukan adalah kunci kejayaan pasukan Cik Siti Wan Kembang ini,aku berharap pasukan pilihan aku ni akan lebih serius untuk memperbaiki kegemilangan bolasepak tempatan umumnya dan negara khasnya...kembalikan kemeriahan Liga tempatan!!

Friday, February 19, 2010

jalan-jalan carik makan..ni baru betui

Masih lagi cerita berkenaan makanan tapi bukan makan besaq CNY turr cuma time n tarikh dia ja sama... kebetulan...

Ya larr kan time cuti2 ni larr diorang baru berkesempatan nak wat majlis2 kenduri,aku pun secara tak langsung terlibat sama...majlis turr berlangsung disebelah sedara belah bapak aku iaitu di Perak..

aku terlibat sebagai tetamu ja,korang ingat lain larr turr...

ni bukan majlis perkahwinan or pertunangan sapa2 tapi ianya majlis Akiqah sepupu aku daa..

Bila sebut akiqah dah tentu lauk pauknya berunsurkan kambing...emmm ni yang wat aku tak tahan ni,feveret turr...

Sambil2 turr kita layan gambaq sket...ni gambaq anak sedara aku(satu2nya) dan sepupuku

ni pulak my mom...

dan aksinya...hehehe

Ramai jugak yang datang selain sanak sedara penduduk setempat pun dijemput datang...

Keadaan cuaca membuatkan aku tak tambah lauk dah,baru jamah 2-3 ketul daging kambing dah berpeluh nek pening pala dibuatnya tapi dah sedap punya pasai layan jugak...Seperti diketahui umum suhu panas yang melanda akan berlanjutan hingga ke bulan march...baru2 ni aku cek time kul 12tghari waktu malaysia suhunya mencecah 40 darjah celcius...panas dow...sangat panas...baru panas dunia turr...


Wednesday, February 17, 2010

Makan-makan di hari raya(CNY)

Kalau anda berada di Penang dan teringin nak makan makanan panas ala2 Pattani(tomyam&seafood),anda boleh cuba try test makan kat Restoran Pak Hussin Tomyam,jalan Sungai Ara..

Rasanya salah seorang ahli BTF dari KL ari turr pernah try makan kat sini...

Restoran ni antara menjadi pilihan tak kira dari luar or penduduk setempat kalau nak makan tomyam...

Harganya pun berpatutan...

Bersempena perayaan tahun baru cina baru ni ,department aku ada wat sikit makan2 kat situ.

Menu ari turr adalah :- a)Ikan Siakap masak tiga rasa ,b)Tomyam Campur, c)Sayur goreng campur, d)Kerabu Sotong , e) Air Jus se'Jug' dan f) Nasi Puteh...ni kira satu set lar bersamaan RM50..

Sori larr gambaq2 makanan tak sempat nak snap kerana mereka2 terlalu melahap tahap pirahna,so layan ja gambaq pinggan2 serta mangkuk yang belum diangkat turr ja larr..

Aktiviti ber'group' photo tak pernah dilupakan iaitu pada akhir rancangan..

komen aku tentang restoran ni:-
a)Makanan - 4/5 (sedap dan pelbagai makanan boleh disediakan)
b)keselesaan- 3/5 (time tengahari pastinya panas,dipercayai silingnyer terlalu rendah dan peredaran udara bagi kawasa memasak kurang efisen)
c)customer service - 3/5 (ni kurang best pasai waiter/waitress depa ni cm berlagak sket..they always right bukan customer always right..tapi makanan cepat sampai)
d)harga - 4/5 (berpatutan dengan apa yang anda order)






Sunday, February 14, 2010

kesah orang bercinta,seronok kan

Suatu ketika bukan dikala bulan mengambang dan bukan jugak di bawah sinaran lampu minyak tanah...terdengar bisikkan dua makhluk

awek: B sayang ayang dak?

aku: sayang

awek: napa B tak penah cakap

aku: hrm ..tak penah ka ??!!(kehairanan)

awek: jarang sangat B sebut perkataan turr,last sekali sebut pun ayang dh tak ingat dah..(mengerling mata,manja dow)

aku: owh tak perasan pulak,takpa nanti2 B sebut ok..


Di lain hari,bulan,tempat dan waktu cuma tahun yang sama...


awek: B tak sayang ayang kerr?

aku: napa ni

awek: napa tak sebut pun?tak pa larr biar ayang yang sebut dulu ..i luv u B

aku: ok

awek: B !! when i said "i luv u",say it back larr

aku: BACK

awek: B ni...menci arr..


Moral of the story:

to aweks2:
walaupun BF kamoo jarang2 sebut tak bermakna dia tak sayang/rindu kamoo..kamoo cukup bertuah pasai dia maseh nk call,kluar dan teman kamoo..


to jantan2:
rajin2 larr lafaz perkataan magic turr,ala bukan orang lain pun kalau anda bertuah maybe bakal menemanimu sehingga akhir hayat...insyaAllah


Entri ni tiada kaitan dengan Hari kekasih (Valentine day)..kerna anda jugak tidak menyambutnya

Friday, February 12, 2010

Makan-makan sebelum CNY

Bila tiba CNY antara yang paling menyeronokan ialah makan besar untuk aku makan free larr.Tradisi makan besar diteruskan tapi kali ni sebelum CNY,kat Cafeteria aje..

Majikan aku ni bab-bab makan ni tak berapa nk berkira sangat as long ianya free..maksud aku semua dapat enjoy.(yang dalam gambar turr ialah 'puan' Musliha)

Aksi Mr.Radazos and one of the manager...(manager turr-->sportin abes)

Biasa larr apa-apapun ladies first ..okies

Tengok turr happy ja dapat makan free...hehehe

Mr.Radazos memulakan dengan desert dulu,lepas turr baru pukui keliling...tengok makanan dia kumpul turr satu table dia sorang

Nampak sket ja aku amek,jaga badan kerr..tak larr,tak berapa nak makan sangat kenyang lagi..

Dua orang ni baru betui comitee bukan aku,tapi aku yang saja2 lantik diri aku sendiri jadi comitee ...yang dok pulun makan turr ialah En. Zul dia orang baru kat sini tapi otai dalam industri automation...







Thursday, February 11, 2010

Empat hari cuti...

Betapa beruntungnya aku di lahirkan dibumi bertuah ini..Malaysia

Setiap kali musim perayaan walaupun tak disambut secara langsung namun ada sket tempiasnya..

Tempias dari segi jualan murah,cuti,makanan(open house) and etc...

Tahun ini 'year of the tiger' aku bakal tidak dapat sebarang angpow disebabkan jiran sebelah aku turr tak meraikannya kat sini.Dia pi antaq anak dia belajaq kat Australia..Rugi larr pulak..hehehehh

So empat hari cuti ni mau pi mana arr...??



Wednesday, February 10, 2010

Cerita pasai moto lagi...

Sejak dua menjak ni ,asyik cerita pasai moto ja...maklum larr dah pakai moto baru..

Berpengalaman dua kali kehilangan moto,maka aku cuba mempertingkatkan sistem anti kecurian .
Kini aku ada lebih 6 jenis anti kecurian kat moto aku turr sahaja...Seperti anda semua maklum Yamaha 135LC adalah top ranking dalam list pencuri2 moto ni..

Sambil2 turr aku modify sket kasi buboh suis lampu,ya larr semua moto baru mana ada suis lampu pasainya ianya always ON ja ..antara perkara pelik di Malaysia ialah wajib meng'ON' lampu diwaktu siang...sangat relevan bukan..huhuhu

Tak lupa jugak aku buboh cover kat bahagian radiator(kat bawah turr)...haselnya...fuhh menawan...



Tuesday, February 9, 2010

Yamaha after sale

Sejak pakai moto baru ni pantang dengaq bunyi pelik sket sure g pusat service bukan apa selagi maseh dalam warranty baek kita pergunakan dulu nanti dh abes warranty rugi lak..

Untuk pengetahuan ,aku menggunakan Yamaha 135LC ES iaitu model yang mempunyai clutch. Perbezaannya dari segi enjin adalah enjin model clutch agak kasar berbanding biasa,so bunyinya lebih kuat itu adalah biasa bagi model tersebut dan itulah yang dibagitau oleh pomen pusat service Yamaha turr..

Maka segala kemusykilan aku terjawap tentang enjin Yamaha 135LC ES ni namun demikian aku berjaya jugak men'claim' alat ukur kelajuan(cable meter=km/h) yang dipercayai rosak..

Overall aku rasa tempat service ni bagus selain kecekapan para pomen,mereka jugak begitu ramah mesra..

Monday, February 8, 2010

Lagi anggota BTF ke Penang..

Lagi ahli BTF ke Penang..kali ni ramai sket ,4 orang semuanya iaitu aleen,ian,fhad dan kosong ..

Aku tak berapa tau apa arah tuju diorang sebenar..aku ingat diorang stay kat hotel,hostel,rumah tumpangan or etc...upanya diorang direct ke Penang tanpa stay mana2..
Lain kali korang nk mai cmtu baek lepak ja kat umah aku,senang sket korang nk lelap or mandi ..tak larr berlengas sgt...hahaha

Apapun aku respect larr kat korang buat Penang ni cam Ampang jer (Putrajaya-Ampang)...datang sini balik ari jer dowh..FYI Penang to KL 370KM atau 4 jam perjalanan (which ever come first)

Tak banyak tempat aku bawa depa ni sebab aku pun tengahari baru bangun..hehehe ..sempat bawa pi makan kat Auto-City nasi kandaq yg tak seberapa dan dibelanja oleh Hazri dan Makan Char koay teow kat Sg. Dua.

Selain turr dapat gak depa bawa balik buah jeruk..


Disini aku mohon maaf pasai tak dapat join korang dari awai,aku jugak simpati dengan sepemergian mak sedara Ian .Aku rasa bersalah lak sebab melenggah2kan masa kat penang turr ari dan tuk Aleen takda adiah n gambaq ko kt entri ni sebab aku bawa silap lens...Thanks to Kosong sebab bagi CD gambaq2 gath genting secara percuma...

To Hazri aku harap hang pi next gath nanti,kalau hang tak pi sapa nak teman aku dari Penang ni...

*untuk cerita2 dan gambar2 yg lebey menarik sila ke blog Fhad,Ian,Kosong n Aleen


Thursday, February 4, 2010

Kunjungan sorang ahli BTF ke Penang....

Entri kali ni agak lewat sket,pasai dok ingat Enulwanie yg nak update dulu

Salah seorang ahli Blogger Tegar Family(BTF) berkunjung ke Penang ,secara tak langsung aku larr jadi tuan rumah..

Agak kelam kabut time turr pasai kunjungan yang aku tak jangka tapi untuk tidak mengecewakan hati peminat aku try schedule sebaik mungkin...syukurlah aktiviti kali ni di sebelah seberang prai jadi mudah larr sket perjalanannya

Mula2 aku bawak dia pi pekena Char koay teow telur ayam dibasuh..hehehe agak unik nama kedai ni,tapi rasa makanannya ...peerrrgghhh...sssheeddapp dowh..tengok udang turr mmm yummy...

Kerana agak kesuntukan masa maka aku tak bley larr bawak pi jauh2 sangat ..iya lah anak dara orang lak turr...jadinya aku singgah jap kat Pantai Bersih tempat si Hazri memancing ikan itu ari sambil2 makan aiskrim...

Mula2 turr banyak gak perkara2 yang dibualkan tapi bila setat aku bagi cuba try test DSLR hurm...terus tak ingat kedunia dah...asyik snap gambaq ja,maklum larr seronok...heheheh

Begitu larr aksi enulwanie snap gambaq aku...berbagai aksi sebenarnya


walaupun tak lama namun kami happy ja,to enulwanie --> sorry dik, abg tak dapat luangkan begitu banyak masa ..sebenarnya kalau nak diikutkan banyak lagi tempat and makanan yg kita tak lawati..insyaAllah maybe next time ya...




Wednesday, February 3, 2010

LUKENABEB!

Pada 29 Januari lalu adalah bersamaan dengan Hari kelahiran Boss aku,so kami kononnya nak wat surprise party kecil-kecilan sket kat dia

Memandangkan semua plan yang begitu tak terancang(last minute plan larr ni),so paling senang order piza aje larr...

Piza flavor apa ntah aku pun tak ingat padahal aku larr yang bertanggungjawap wat order turr...

Sebelum turr nak pecah otak gak nak rancang nk wat boss aku mai ke party yg tak dirancang turr..akhirnya diaorang plan kata seseorang pengsan kat cafe ,dialognyer lebey kurang camni:-

member aku: boss ada orang pengsan kat cafe
boss aku: sapa turr
member aku: shazruls pengsan..sambil berlari memegang handphone dan diikuti oleh boss aku
dan kendian
member aku: halo ambulan tolong datang ..(kononnya nak kasi nampak real sket)
untuk cerita selanjutnya sila lihat video dibawah...heheheh




Ni pulak kek yang dibeli secara emergency...(roti kaya sebenarnyer)...at the end semua happy sebab dapat makan piza secara free...heheheh
HAPPY BIRTHDAY BOSS !!!