Friday, January 29, 2010

Sangat lama kita tak berlima...

Antara harta yang tiada bandingan ...PERSAHABATAN..ari rabu (27/1/10) lalu buat kali pertama dalam tempoh 4 ke 5 tahun kami di pertemukan sekali lagi...
Bertempat di Restoran Kapitan lebuh Chulia....jam 11:45malam...

Tak dinafikan aku dan korang jugak pastinya mempunyai ramai kawan...tapi bagi aku yang empat ni adalah kawan rapat aku my besfren kata org puteh.....kami berkawan sejak dari sekolah lagi(ada yg sdari skolah rendah)

Pertemuan kali ni lebih bermakna kerana buat juling2 kalinya dalam tempoh 5 tahun kami dapat jupa kelima2 org kami...Biasanya kalau jupa pun 2-3 org ja tak dapat jupa serentak...

Macam2 topik diperbualkan tapi paling tak bley blah bab cerita pasai anak2 ,tukaq lampin anak larr,bancuh susu anak larr n semua sewaktu dengannya l...maklum larr diaorang turr suma dah kawen mana larr aku bley masuk pot cmtu...


Aku harap persahabatan kita takan terhenti ...biarlah sampai keakhir hayat


Tentang mereka :
-->Shahabudin:
Dia ni antara terapat dengan aku ,dulu time bujang (dia larr bujang aku dok maseh bujang lagi) banyak gak berbicara hati ngan dia ..senang sembang ngan dia ni ,banyak perkara bley masuk ngan dia ni kecuali sukan sebab dia kaki bangku..hehehe dan kalau diskas pasai movie and tempat makan sedap2 dia ni larr pakar rujuk aku...

-->Afzan:
Antara kami berlima dia paling baru join group ni,dia selamba orang nyer selalu wat lawak time orang tak aspect...selamba ja wat lawak..paling tak bley lupa time aku dok Putrajaya dulu aku larr peng'antaraan between dia and wife nyer ...pada mulanya dia keja KLwife keja Kuantan then Wife dapat keja KL dia lak dapat tukar Kuantan..at last sekarang ni depa dok Putrajaya bersama dua orang cahaya mata

-->Zaini:
Dia aku kenai sebelum sekolah lagi pasai kami sama2 membesar di berek polis(anak polis katakan),mempunyai keluarga yg besar tak ingat aku adik beradik dia berapa orang yg paling last aku kenai adik yg ketujuh len2 aku dah blurr dah...sometime dia masuk air gak.tak banyak songeh dan senang ikot arahan...Musuh utama aku dalam counter strike ,*selama ni rahsia = aku akan pastikan dia mati dulu kalau dak payah nak menang..hehehe

-->Shahul:
Yang paling muda(kalau ikut bulan tahunnya sama) dan paling renjong..dulu time sekolah kami gelar dia Mr.Mathematic,memang cekap berkira2 dia ni tapi tak berkira langsung ngan kami murah rezeki ..Selalu mempunyai visi serta arah tuju for future ,so far tak nampak lagi larr tapi soon will come ..am i rite shahul?..InsyaAllah akan menamatkan penggajian SPACE UTM tahun ni,yg bagi kami mustahil untuk beliau dapat menamatkannya (apa punya kawan tak support langsung)...dan selalu silap jalan kalau nk kemana2 walaupun dalam Penang...heheheh


Aku sangat bertuah dapat jupa korang semua ...moving forward aku harap kita leh jupa lebih kerap lagi....Malam turr aku rasa tak ngantuk langsung walaupun pada mulanya aku letih sangat pasai balik keja jam 9malam....kesian lak tengok Afzan time turr mata dah bersaga dah mana tak nya jam dah pun menunjukkan kul 2:30pagi...

See u all soon bro's




Thursday, January 28, 2010

Biar cepat asalkan aku tidak lambat ke kerja

Hari ni mai kerja lambat lagi...untuk tahun 2010 ni kira kali pertama....Ni semua angkara tidur lambat dan bangun lewat ...parti botol bergelimpangan agaknya

Dah larr turr sesampai ja kat plaza tol Penang Bridge jem plak..(demm)



Puncanya pasai perkhidmatan sebijik kaunter touch N go (otomatik) mal-function....untuk motosikal kaunter otomatik dibuka dua bijik aje bila kes2 terpencil cmni alamatnyer jem larr,tapi yg menghairankan turr kenapa mereka tidak menggunakan lain2 kaunter...ohh ya mungkin mereka tak tahu yg mana lain2 kaunter(iaitu kaunter tunai) jugak mempunyai alat pengesan touch N go ...
Jadi anda sebagai pengguna berfikirlah secara bijak kalau tidak nahas aku, lambat pi kerja lagi...



Thursday, January 21, 2010

Update : kemalangan tak berbahu

Malang tak berbau...betul larr turr
kemalangan kecik telah berlaku baru2 ini tapi jangan risau tiada kemalangan jiwa berlaku

walaupun tak terok mana tapi kesian awek member aku ni ,radiator keta beliau rosak yang menyebabkan kereta tidak dapat digerakkan..

Kemalangan berlaku betul2 dihadapan Apartment Jelutong Park...nasib baik time turr bukanlah waktu puncak,so keadaan trafik terkawal..

Diantara yang hadir (buat ramai) menyaksikan perdebatan antara pelanggar dan dilanggar...lupa lak nak tipon cik anem sebagai peguam cara time turr...semuanya berakhir sejam lepas turr setelah kami2 yg menyaksikan perdebatan terasa lapar...

*maaf visual kurang memuaskan disyaki hanya menggunakan camera dari Handphone...


Wednesday, January 20, 2010

Laptop/notebook/komputer riba untuk dijual..

Greeting everyone....pinjam jap tagline ian

ok seperti tajuk diatas,aku ingin mengiklankan sedikit dagangan tanpa cukai dari one of my friends iaitu...

Sebuah laptop/notebook/komputer riba jenama Compaq Presario

Menggunakan enjin AMD turion 64 x2


pistone: 1GB ram


simpanan: 250GB hard disc

selain turr:-

DVDRW
5 IN 1 CARD READER
6 CELL BATT.
WINDOWS 7
Buit in Camera 1.3megapicxel

and few free gift such as optical mouse,carrybag etc...
very rare use - 1 time per week or none
In good condition
Price : RM1500 ( Negotiable )

Jikalau berminat sila hubungi:
En. Asri - 012 5328728


*sila link kan entri ni pada rakan2 yg lain..kerjasama anda amat dihargai

Tuesday, January 19, 2010

HD definition

ASTRO : Making your life richer...memang tak bley blah tagline ni

making whom lifes richer? pengguna ka supplier?...rasanya pengguna takda untung apa2 pun dah larr ari turr channel sport kena tambah RM12 sebulan ni kalau nak tukar ke HD nyer channel (astro Byond) pulak kena tambah RM20 sebulan...betul larr orang kata ,mana ada benda free sekarang ni bhai...tapi kan tukar ke HD definition perrghh best dowh...

yang kaya bertambah kaya,yang miskin semakin ditindas....

Friday, January 15, 2010

Tiga batang ja..

Rims tiga batang dowh...kegemilangan rims tiga batang kembali,kalau tak salah aku fesyen jenis ni keluaq time mula2 Yamaha 125Z nyer model tahun 2006..

Nak kata fesyen terkini turr dak larr sangat pasai dah 5-6 bulan dah on the road...cantek menarek bukan

Motor yang kaler biru turr lagi smart walaupun dalam keadaan standard ,turr bukan apa nak mengelak dari kecurian lagi...dua kali hilang motor dowh...


Wednesday, January 13, 2010

22 Muharram dan 13 Januari

22Muharram bersamaan 8hb Januari adalah hari lahir aku bagi tahun Hijrah,kalau ikut kalender masehi pulak 13hb Januari iaitu hari ini...

Rasa cam baru sangat aku terima wish dari rakan2 dah dapat wish lagi(adiahnya takda pulak)...Dikesempatan ini aku nak cerita sket profile aku mungkin yang tak kenai aku lagi..



1.aku sebenarnya bercita2 menjadi pemain bolasepak professional,namun segala berubah bila aku beli motor ,motor pertama aku iaitu RXZ,.Disebabkan turr aku telah meninggalkan alam bolasepak ...rugi plak,namun hasrat aku untuk bermain dengan pasukan impian aku tercapai jua ,jelas gambar ini membuktikan pasukan tersebut berjaya melamar aku.Saksikan kemunculanku ,kalau tak main 1st half maybe aku ada kat bangku simpanan kalau tak da jugak maybe aku ada kat bangku kedai mamak dok ushar game aje..hehehe




2.Ni hobi baru aku,dulu pakai digital camera jer kendian dah boring n mahir sket aku beli DSLR ..best lar pulak,sekarang ni tengah try and error ngan gajet ni..antara sebab aku create blog ni psai benda alah ni larr..


3.Aku ni tak larr besar or tak larr kecik,tapi boleh dikategorikan lelaki tinggi lampai larr ,kalau tak caya ni bukti size seluar aku...


4.Aku memang minat handset Motorola model V series and flip ni ,terasa cam geng CSI Miami lak..tapi kini aku mula beralih arah kepada Blackberry,wat masa ni tak cukup duit lagi so aku pakai Nokia E71 yang ala2 Blackberry jugak kan..


5.ni lak kasut futsal aku ,mungkin tahun ni adalah tahun terakhir aku menggunakannya pasni nak bersara dah larr...memandangkan aku sering dipinggirkan dari peranan penting so baek aku berhenti ja larr..kecewa dowh


6.Ni paling menarik,kenderaan aku..motor turr memang paling berjasa ,kemana saja aku guna motor..best,oleh yang demikian aku pilih motor ni untuk tunggangan aku ke tempat keja..keta susah sket cerita ,aku tak penah ada keta idaman ..yang ni maybe keta ke 6 or 7 aku,sebelum2 aku akan beli ,repair ,makeup lebih kurang then jual,dis one lama sket pkai kot psai aku ada bikin2 about 85% for whole car..lagipun save minyak..keta ni dugunakan pada ari2 minggu jer


Cukup larr serba sedikit cerita tentang aku,tapi sebenarnya aku cukup bersyukur kerana maseh dapat menyambut ari kelahiran tahun ini ..alhamdulillah..tahun depan tak tau lagi,maseh jauh lagi perjalanan kalau nak ikutkan dan banyak jugak aku menyimpang..semoga Allah dapat terima Doaku yang ingin kelandasan yang di berkatiNya..InsyaAllah





Monday, January 11, 2010

Nurul ikan bakar, Penang

Aktiviti Gath kembali,kali ni lokasinya di Sungai Gabai.Katanya begitu meriah sekali disana disamping beberapa insiden yang tak diundang berlaku.

Aku nak update apa,aku sendiri pun tak pi..!!tapi kalau kalian nak tau cerita lebih lanjut sila klik disini ,disini dan disini lagi

Aku rasa Jen saja ja hantuk pala kat batu supaya beliau lebih rapat ngan CC maka peluang aku makin tipis...cilakak ko Jen guna taktik kotor...hehehehe


Pada hari yang sama jugak aku ber'Gath' secara kecil2an dengan rakan2 lama yang bukan Blogger...Tajuk makanannya ialah Ikan bakar...

Makanan kat sini ok ja larr, mungkin disebabkan kat Penang ni banyak gerai Ikan bakar so aku rasa cam biasa2 ja...

Antara yang hadir,tak ramai yang hadir sebenarnya kebanyakan cancel last minute dengan pelbagai alasan...lantak larr janji malam turr aku makan Free....

*Aku tak sangka Yuna bley dapat #2 semalam (AJL 24) tapi lagu dia memang best..

Friday, January 8, 2010

Dah Kuli ,macam turr larr

Pada 8hb dan 11hb Januari ni majikan aku mengadakan soft launch (ala2 mini exibition) untuk memperkenalkan new generation semi-conductor equipment...

Antara yang dijemput adalah syarikat2 semi-con yang bertapak sekitar area Bayan lepas FIZ (Free Trade Zone) seperti Intel,Agilent,ASE,Seagate and etc..

Persiapan untuk mengadakan majlis ni agak kelam kabut,bayangkan hanya 2-3 ari lepas ja diberitahu yang mana tempat aku akan dijadikan tempat exibition turr..

Dah cam kuli batak dah aku keja kat situ,berpeluh2 lagi...namun demikian segala persiapan berjalan lancar hasil hiasan dalaman idea aku sendiri (2-3jam nyer idea...lantak larr)...Pastinya orang2 dibelakang tabir(cam aku) akan dilupakan setelah majlis ni berjaya,kalau gagal yang belakang tabir jugak akan dihentam...cam haram
Disebabkan turr ari2 larr aku kena syampoo rambut...ari2 berpeluh dowh


Monday, January 4, 2010

Apa nak wat kalau terlanjurr...

Aku kembali mengundang masalah kepada diri sendiri
Kenapalah aku begitu mudah terpedaya?
Begitu cepat mempercaya?
Begitu rakus nak kaya?
Ini semua hasil kegatalan diri sendiri ....hhhrrrmmmmm...

Betul larr kata pepatah terlajak perahu boleh diundur terlajak kata ....(errr apa erk..lupa pulak)
Bolehkah aku memperbetulankannya ,
Masihkah ada waktu untukku,
Kalau ada pun macam mana?
Boleh migran seketika....

Apa aku nak buat ni...
Dan apa telah aku buat...
keterlanjuran membawa padah...

Kini baru ku sedar yang mudah itu tak semua indah belaka
Mungkin lepas ni aku takan Klik2 lagi iklan jawatan kosong kat jobstreet
bayangkan 2 minggu ni ja 2 interview waitin for me
Tawaran lumayan bergaji tinggi

Wahai rakan2 jangan malu jangan segan
Bantu aku cari jalan penyelesaian
Kerana aku maseh mahu minum dicawan makan dipinggan
Apa perluku buat dengan ini 2 tawaran...

Tahun Baru: 2010

Apa azam tahun ni?dah tercapai ka azam tahun lepas?..turr laarr soalan2 tiap kali masuk tahun baru.

Perlukah kita buat azam?kenapa kena buat time masuk tahun baru?siapa azam?azam yang jual ayaq nyok kat kepala simpang turr kah?

Bagi aku azam setiap tahun ni tak semestinya wajib ,ianya hanyalah satu reference untuk kita our own achievement...so far aku tak nah lak berazam and target apa2 unless aku nak sesuatu ,time turr baru aku setat comitted on it..lain orang lain caranya

Tak ketinggalan ada jugak yang akan berhijrah sempena tahun baru ni..Salah seorangnya ialah kawan aku sendiri,kami pernah bekerjasama di sebuah kilang di Prai.Orang Terengganu ni,masih belum berpunya??!! aku kurang periksa...


Beliau bakal berhijrah ke Balakong di sebuah permis engineering..Apapun good luck and keep in touch bro!


Aku pulak...rasa cam nak tukaq jentera pengangkutan ,dari jentera Honda EX5 Class 1 to Yamaha 135LC...ok dak?!!

aku jugak nk amek kesempatan buat ucapan untuk Lumut ...wish u all the best and keep in touch,ok! ari turr nk g LCCT tak kesampaian jauh sangat ...

Saturday, January 2, 2010

Jupa blogger Cun...(base on true story)

Sejak balik dari gath kat genting ari turr aku rasa lebih bertanggungjawap kat member2 blogger sekalian..selain g jenguk2 diorang kat blog,sms,tanya khabar,chat kt FB or YM sehinggakan kalau datang tempat aku pun aku akan layan ...

Kebetulan pulak one of the blogger turun tempat aku (penang),so umpama tuan rumah larr aku menyambut kedatangan beliau kalau tidak aku rasa bersalah pulak...



Beliau menginap tak jauh dari tempat keja aku lebih kurang 15-20minit perjalanan,time tunggu kemunculan beliau turr aku tak perasan sangat aku ingat anak cina mana pulak dok mai buka pintu keta aku (yang parking kat depan penginapan beliau)...serius lain dowh,cun pulak..(ada pulak yg angin ni)


>


>


>


>


>


>


>


>


>


>


>


>


>>>>>>>>




Betul dak aku cakap...cun kan!! keta kat belakang turrr

Sememangnya aku tak sangka beliau sudi jupa aku,tapi dah jadi tanggungjawap kalau orang mai rumah takan tak layan pulak..korang kalau nak mai sound larr dulu bole larr aku schedulekan aktiviti..


Sebelum turr aku nak minta maap larr pada sapa2 yang terasa tengok gambaq ni,tak terniat langsung untuk menyakiti ati sapa2 pun...kitaorang profesional dowh...heheheheh



Buat CC :


sori arr ari turr datang sini saya layan tak sebaik mungkin,gi minum pun kat mamak ja..saya rasa cam mimpi ja ari turr tak sangka sudi jupa ai...


Ada beberapa persamaan antara kami berdua:-


1.Lahir pada bulan yang sama


2. Wajah jauh lebih muda daripada usia..(awek muda)


3. kami sayang Jen...hahahaha(pastinya aku bukan gay)


seriously aku jeles sungguh kat Jen camna bley takcle CC turr..hang pakai tangkal kerr..hehehehe