Thursday, December 10, 2009

FIFA World Cup Draw

Pasukan serta senarai kumpulan yang menyertai FIFA World Cup 2010 dah pun diketahui,tapi sebelum senarai akhir turr aku saja gatai wat Prediction sendiri...mari kita tengok adakah prediction aku mengena (macam shebby pulak)

Group A
South Africa ,Republic of Korea ,Paraguay , Switzerland

Group B

Brazil,Korea DPR ,Nigeria,France

Group C

Spain,Japan,Ghana,Greece

Group D
Holland ,USA ,Chile,Portugal

Group E
Italy ,New Zealand, Uruguay,Serbia

Group F

Germany,Honduras,Denmark,Algeria

Group G
Argentina ,Slovenia, Australia, Cameroon

Group H

England,Mexico,Cote D'Ivoire,Slovakia

turr suma prediction ja,group sebenarnya camni...worldcup or fifa
Rasanya kita masing2 ada pasukan favorite sendiri,kat sini aku nak senarai and cita tentang pasukan favorite aku...
favorite #1


Argentina : Pasukan yang aku minat sejak azali lagi,selain pemain2nya yang berambut panjang (macam aku) pasukan ini memiliki senarai pemain yang berkualiti.Rata2 Liga Sepanyol dan Itali memiliki pemain kelahiran Argentina ini. Faktor fizikal mereka lebih kurang saiz orang asing ja tapi kemahiran serta teknik mengatasi segalanya.Pasukan Asia or Malaysia kursusnya patut mencontohi pasukan ni.

Favorite #2

Holland: Pasukan ni aku minat sejak aku dibangku sekolah,kebanyakan player tak banyak menumpukan kemahiran individu seperti mengelecek or skill2 yang menarik tapi pasukan ni lebih tertumpu pada teamwork,bermain berpasukan or lebih tepat total football.Total football mengetengahkan setiap player bley main setiap posisi.Itulah kelebihan corak permainan ni,namun demikian pasukan Holland masih belum mencapai sebarang kejuaraan Dunia kecuali kejuaraan Eropah .

Favorite #3

France: Atau di kenali sebagai Les Blues,dikatakan mempunyai pasukan yang begitu mantap .Kombinasi antara black fella(negro) and white fella(owang putih) menjadi aspek penting pasukan ini.Mau tau larr negro nyer kudrat,sekali rempuh orang macam badak sumbu dan 'mat saleh' ni memainkan peranan sebagai perancang dan begitu efektif sekali.

Inilah antara calon pilihan aku untuk mencipta kejuaraan FIFA World Cup 2010


Disebabkan kali ni World Cup kat Africa ,so aku pilih satu calon dari benua turr iaitu Cote D'Ivoire(sebut betui2)..pasainya aku minat kat player no 11 DIdier Drogba(tiada digambar)


Memandangkan tahun depan baru main ,so tahun depan larr aku komen serta ulasan setiap pasukan yang bertanding.


Bagaimanakah dengan anda?pasukan manakah pilihan anda??

9 comments:

Unknown said...

Saya memilih pasukan Malaysia!

eh

malang sekali tiada dalam senarai.

Aku minat Holland gak sebab dari kecik mmg aku minat baju oren dorang. hahaha.

sebenarnya aku tak minat bola sgt, tapi aku tonton kalau free ;)

shazruls said...

hahaha..aku pun sebenaqnya pilih malaysia gak tp malangnya xsenarai langsung..bila larr impian turr jd kenyataan...mungkin bila aku jd pengarah teknikal kot...apsai depa xmau open vacancy turr kat public arr

Anonymous said...

xminat bola..huhu

Unknown said...

mana buleh.

wang wang. mereka mahu. hehe.

shazruls said...

-->amy: alahai apsal xminat,bes wooo

-->yosomo: ya betui sekali tekaan anda... sampai bila pun xkan maju larr ..huhuhu

Unknown said...

tak tahu mana satu jadi pilihan..sebab tak minat bola..hehe :)

shazruls said...

alahai cmna xminat bola nie,bf tak nah cerita pasai bola ka...hehehe

hans said...

sokong portugal dgn spain
kalau asia sokong korea utara
haha

shazruls said...

world cup akan hilang seri tanpa Cristiano Ronaldo dari Portugal turr ,Spain mmg pasukan pilihan utk jd champ kali ni tp kalau jupa France payah sket nk lepas...harapan Asia maybe kat Korea tapi level depa tak cukup tinggi g...