Monday, November 30, 2009

2 minggu yang memenatkan

Dah lama gak aku menyepi bukannya sebab aku ni merajuk,menyendiri,malaih,H1N1(ya Allah minta simpang larr) or etc...yang sebetuinya aku teramat sibuk ngan urusan keja..dalam masa turr tak dinafikan aku masih sempat lagi nak komen blog kawan2(itu ja yang aku sempat)...

Memang memenatkan,boleh dikatakan sepanjang dua minggu sudah kami bekerja lebih 18jam sehari (termasuk weekend),boleh dikatakan sari 3-4jam ja tidoq..

Kadang2 aku terpaksa korbankan lunch time untuk tidur sejenak...

Tapi kepuasan itu terbit bila projek sudah siap...

Antara peralatan yang digunakan dalam pembuatan mesin ni..rod end bearing


Sudah pasti aku kelihatan segak lagi kacak sentiasa..

Benda ni ada berlambak,kalau wat benda ni sebagai souviner ok dak??

Dengan berakhirnya projek ni boleh larr aku kembali aktif ber'blogging'balik...
Gambaq kenangan bersama 'mat saleh'(customer from gillete)..

Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidil-Adha

Assalamualaikum w.b.t

Selamat menyambut hari raya aidil adha to all blogger's ...pada yang sibuk or sedang bersiap untuk balik kampong berhati-hatilah dijalanraya dan berhati-hati jugak lah di musim banjir ,main air turr jangan sampai masuk air pulak...hahahah
Dan yang penting sekali, esok jangan lupa sembahyang raya setat kul 8.15am ..mai awai penuhkan saf2 dihadapan 'off'kan handphone or set silent tiada yang lebih penting dari panggilan ilahi...cewah

Wasalam..

Tuesday, November 17, 2009

Mr. Potato

Disampingan kerja tungkus lumus aku minggu lepas,aku terjangkit or lebih tepat lagi aku ketagihan yang amat sangat dengan benda ni...

Mr.Potato...Bayangkan dalam masa seminggu itu pun time malam ja aku dok pulun makan benda ni,seminggu tiga kotak leh abis...
Ni baru larr kentang...hahahah
my favorite is sour cream & onion (kaler ijau) bagaimana dengan anda?

Monday, November 16, 2009

Scarface

Minggu lepas adalah minggu yang memenatkan...keja banyak siot,dok tak dok customer nak mai lak 17hb ni..keja baru 75% ja siap...maka dengan itu perlu larr kami berkerja lebih masa untuk capai target turr...

Hasil dari kerja tungkus lumus turr aku dapat ni...
Kesan dari terhantuk kat mesin,camna lebih ter'heading' machine turr tataw??!! tinggi sangat kah aku ni??!!kalau pi jahit mau 2-3 jarum gak turr

Apapun terima kasih pada team member yang terlibat melaksanakan projek ni...



*kurang kehenseman sket,camna nak tunjuk muka kat blogger's gathering ni...

Disini aku nak sampaikan sedikit pesanan daripada Pegawai Tadbir Unit Latihan Kementerian;
sila klik disini


Wednesday, November 11, 2009

Korean Food : BBQ Chicken

BBQ chicken Korean delight
Venue: Sunway Carnival Mall,Seberang Jaya




Menu paling best...

Hampir keseluruhan masakan dimasak menggunakkan minyak zaitun..(olive oil)

Tuesday, November 10, 2009

Penghuni baru

Ni dia penghuni baru di Taman Desa Murni..

Tiada deposit serta sewa bulanan dikenakan sebaliknya makanan disediakan mengikut selera nafsu...

Kebersihan diri jugak diberikan...pakej baiknyerr ni..

Tiba2 ja umah aku dihuni oleh seekor kucing tanpa jemputan,nasib baik comey...nak bagi nama apa arr???!!



Monday, November 9, 2009

Masih setia

Bak kata perpatah "Patah tumbuh hilang berganti" (cam lagu saleem ja)..hah nak tau pasai pa,pasai aku dah pun mengantikan motor aku yang kecurian ari tu..aku masih setia ngan jentera honda..

Beli 2nd hand ja...


kalau hilang lagi aku tataw nak cakap apa dah...

Friday, November 6, 2009

Birthday

Ingat lagi dak gadis kecik molek ni....

Pada 31hb Oktober lalu beliau baru saja menyambut hari lahir ke-3...Happy birthday gurl
Bedak kat muka dia boh sendiri kononnya nak nampak cantek bila tangkap gambaq...hahahaha budak2

Thursday, November 5, 2009

Facebook

Facebook,MySpace,Friendster,tagged and ntah apa lagi...turr suma antara laman sosial internet.Sebenarnya dulu aku tak berapa suka join sangat benda ni(sekarang ni pun tak lah aktif sangat pun)..aku lebih suka buat blog,ianya lebih indie or senang cakap ikut suka ati kita larr nk decorate kita nyer page,terpulanglah kepuasan masing-masing..ni suma pasai kawan aku larr suruh join Facebook kononnya nak bagi ramai friend list dia ..rupanya ramai gak yang join facebook ni kan!!tak kurang jugak ngan selebriti2 luar and dalam negeri..until one day saja larr aku pi search kat carian injin(search engine),cari sekolah menengah aku..hahahah ada rupanya,ownernya super junior tak kenai aku tapi aku join gak group turr mana nak tau kot2 bley jupa kawan lama...Tapi memang betui pun,dalam dok ghalit(leka) meneliti name list group turr aku terJUMPA...jeng..jeng..jeng...hahahahahaha

i found someone being special to me..jumpa 'marka' lama aku,'marka' zaman persekolahan dulu larr.Tak sangka aku leh jumpa dia walaupun di ruangan maya..
dah kawen kah?dah ada anak kah? berapa orang anak? keja kat mana? persoalan yang aku nak tanya..(tak tanya lagi beb,tunggu simpan nak ayat2 slow..)Happy giler nie...

so to all my friends out there (including yang baca blog) add larr aku kat akaun FB ampa di:-



Shazruls VanHelsing or



jangan lupa to chat with me...kalau free larr


Dua gambaq akhir ini adalah hiasan semata-mata tiada kena mengena dengan tajuk entry ni...

Wednesday, November 4, 2009

Virus

Minggu ni ramai pulak kena virus influenza (selesema),kena ujan kot..aku pun tak terkecuali,tapi aku bukan kena selesema..

Cuma ada rasa gatai-gatai sket kat mata...

So aku guna ni (Eye Mo)...

Monday, November 2, 2009

Taman Desa Murni

Adakah kawasan penempatan anda selamat?aman?harmoni?..sejak kes kecurian moto ari tu,perkara2 camni selalu bermain di kepala hotak aku..nak beli moto baru pun dok pikiaq 5-6 kali jugak..hah larr,satg beli hilang lagi...

Kes kecurian moto dikawasan umah aku ni semakin menjadi-jadi.Selang dua minggu moto aku hilang ,moto jiran aku lak hilang,kejadian berlaku kira2 kul 6.30pagi..ampa tengok sat, siang-siang buta pun bley hilang..depa(penyamun)siap angkat pagaq lagi...mangkuk ayun tul..
Apa masalah2 sekitar kawasan kejiranan aku ni?dimana penguatkuasa or pegawai keselamatan?atau tak cukupkah anggota untuk buat kawalan?..semenjak setahun kebelangkangan ini memang aku tak nampak pun polis buat rondaan ,aku bukannya nak mempersalahkan depa tapi sejak kes2 curi ni berleluasa sendiri mau ingat larr..
Kepada siapakah untuk aku mengadu dan siapakah yang akan mendengarnya pulak..?