Monday, September 7, 2009

Pantas sungguh masa berlalu

2-3 ari ni rasa cam cepat lak solat sunnat teraweh ni selesai..patutlar dah masuk 17ramadhan dah pun...sat ja kan dah nak raya pulak.
Tapi harus diingat satu lagi kewajipan .."ZAKAT FITRAH"..yang ni selalu gak orang terlupa or buat-buat lupa,tang nak beli baju raya,buat kuih raya,tukar langsir,tukar kusyen n etc ingat tapi bab ni slalu tertinggai..so ,jangan dok buat lupa na...

Berikut jumlah bayaran zakat bagi negeri-negeri di Malaysia bagi tahun 2009 (kecuali Kelantan dan Wilayah):
Selangor, Pahang, Perak, Kedah dan Pulau Pinang - RM7
Terengganu - RM5, RM7 dan RM8
Johor - RM5 dan RM7.50
Sabah - RM6.60
Negeri Sembilan - RM6.50
Melaka - RM6.30
Sarawak dan Perlis - RM6

PENGERTIAN ZAKAT FITRAH
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

SYARAT WAJIB ZAKAT
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
1.Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
2.Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
3.Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
4.Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.


*info dari Pusat Zakat Selangor

3 comments:

jai@jezz said...

ye lorrr zakat fitrah.. nak bg duit kat pak suh bayor la...

Crazee Lazzy said...

a'ah lupe nak bayor... tapi aku rase bapak aku byrkan kot.. hahah

shazruls said...

mak aii..bapak bayar lagi kerr,kalau yg fompuan turr xpa larr..ko laki2 pun bapak bayar gk,ok len tahun ko bayar pulak..bes tau g akad fitrah ni cm akad nikah gk cuba lafaz yg berbeza