Wednesday, September 30, 2009

Duit Raya

Tahun ni untung aku...tengok dok ada lagi balance sampul bersama duit raya yang masih belum diagihkan,bukan apa sebelum ni aku dok bagi kat sepupu jer.Memandangkan depa lani dah banyak yang dah bekerja so tak yah bagi larr ...ini tahun banyak untung oowh...

Pada yang lain2 sori akaun dah tutup toksah larr dok usaha nak minta duit raya lagik..huahahaha....

Tuesday, September 29, 2009

Syawal datang lagi

Sekali lagi aku ucapkan "Selamat Hari Raya aidilfitri " pada muslimin n muslimat...seronok dak raya tahun ni??!!..sibuk?!..memang sibuk kan!..aku sendiri tak sempat nak snap gambar di musim perayaan kali ni,sibuk larr katakan..

Seperti tahun2 sebelum dipermulaan acara selepas solat sunat aidilfitri,acara ziarah menziarahi dijalankan..tak lupa jugak kepada yang telah pergi..sob!sob!sob!...disini bersemadinya arwah tok,pak su n mak ngah,mari lah kita sama2 sedekahkan Al-Fatiha semoga roh2nya dicucuri rahmat..Al-Fatiha...

Balik jer ke rumah...turr dia,meneru budak2 mai beraya tak putus2 ...dialog standard depa..,"kami dah kenyang tak mau makan" or "nak raya ja tak mau makan"...paham2 ja larr..kita dulu pun cam tu gak

Hari ke 4 baru larr aku berpeluang beraya rumah rakan2



Sapa kata ekonomi malaysia merosot??!!cuba tengok kat shopping kompleks,time2 raya pun masih berpusu-pusu orang membeli belah...
Setiap tahun aidilfitri berbeza2 bagiku ,setiap tahun ada keistimewaannya sendiri..bagaimana dengan anda

Lepas ramadhan ni ada sedikit kemalasan lak nak post entry ni,psai pa tak taw..








Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Ramadhan kian melabuhkan tirainya,begitu pantas masa berlalu kan??!!... camna persiapan raya ??Are u ready ??!! aku tahun ni sempat tempah kurta ja (tempah kat Musliha) and beli tri-pod for my camera(baru larr leh snap family foto nanti)
Dikesempatan ini aku ingin memohon maaf pada anda semua dan mengucapkan selamat hari raya aidil fitri ...jangan lupa standby duit raya banyak2 dijangkakan penerima duit raya tahun bertambah ,mau dok ingat!!!
Tahun ni lebih bermakna pada sapa2 yang baru kawen turr maklum larr sebelum ni single tahun ni berdua larr pulok..jangan lak dok gaduh2 nak balik kampung sapa dulu sudah larr..
hati2 dijalan raya ingatlah orang tersayang,semoga syawal ini memberi seribu makna yang akan menceriakan idup kita

For my greatest follower iNtaNaNasH , Hidayah(aku&dirimu),jai@jezz(amor sin fin), Fhad (MY GIGGLESs BLOG wink2) ...selamat hari raya maaf zahir batin,jangan lupa upload gambar raya korang nanti..keep in touch..sori lah kad raya tak dan nak antaq



kalu main mercun turr ingat2 sama kang ilang lak jari turr

Wednesday, September 16, 2009

Persiapan ari raya

Bila tiba ari raya ni larr antara aktiviti yang harus dilakukan...
Tahun ni satu sampul pun tak dapat,nasib baek tahun lepas nyer banyak lagi,siap ada sampul gambaq Rozita Che Wan lagi...
So far aku tak nah lagi pi tukaq duit raya kat bank,pasainya aku akan kumpul wang turr sendiri dan aku menggunakan teknik selit duit turr kat buku tebal or dairi barulah duit turr keras elok ..hehehehe..tak yah pi bank dah..

Oleh yang demikian selalu larr sangat aku disindir oleh budak2 dapat duit lama larr ,duit burok larr...amboi!amboi!amboi! tur pun kira bersyukorlah dapat gak duit raya...lagi mau komplen ka

Aku akan sama ratakan agihan angpaw ,tiada birokrasi dalam agihan and no politik wang..tak kiralah hang sekolah rendah ka sekolah menengah ka semua aku bagi sama ja...

Tuesday, September 15, 2009

Majlis Berbuka:With my old best Friends

Acara penutup majlis berbuka posa untuk tahun ni,biasanya acara penutup ni diakhiri dengan rakan2 baek aku(kenai sejak dari dibangku sekolah lagi)


Venue pilihan dan takpernah ditukaq2 iaitu Yasmeen nasi kandar bersebelahan ngan Line Clear nasi kandar,kenapa Yasmeen?!!..kami ada membership kat sini and tempat ni lebih selesa berbanding line clear maklum larr sana ramai orang...

Diperkarangan lebuh cambell

Aku pun tak ketinggalan berposing..

Sebelum pi pekena nasi kandar tak sah kalau tak pi bazar chow rasta,beli apa yang patut..sori la gambaq tak dan nak snap banyak2 pasai masa nak 'time' dah

Menanti saat2 berbuka ,check pakai internet lagi..lani kat sana dah tak bunyikan siren lagi dah

Kalau pi sana kalau tak kena nasi beriani tak sah larr,nasi beriani dan ayaq kenduri(sirap bandung)

Sepatutnya lima orang tapi sorang lagi turr dah bermastautin di Kolumpo,tinggai larr 4 orang..namun demikian persahabatan kami berlima tetap utuh.

Mamu tak ketinggalan berposing..steady raah mamu


Monday, September 14, 2009

Majlis Berbuka: LKTA

Akhirnya hari yang dinanti2kan telah tiba majlis berbuka posa telah berlangsung di Restoran Kapitan Queens Bay.


Antara menu pilihan; Nan roti dan nasi beriani...perrrgghh...
Para peserta tanpa melengahkan masa mengambil tempat masing2

Setelah penat di tempat keja,masa ni larr nak amek kesempatan beramah mesra and bertanya khabar rakan2

Mr.Radazos mengambil peluang menunjukkan bakat snap gambar..thanks bro (kalau tidak gambar muka aku takda)

Majlis ini berlangsung dengan jayanya,tapi keadaan dan suasana di restoran too crowded menyebabkan sebarang pergerakan terbatas aku nak snap gambaq pun payah..
Untuk rekod majlis seumpamaini telah berlangsung selama 5 tahun berturut2







Friday, September 11, 2009

Selingan petang Jumaat

Hang Tuah and friends berasal dari Utara,tak percaya saksikan ni...


hahaha... barulah hepi sket,kawan2 yang nak balik kampung or keluar berbuka turr hati2lah dijalan raya..enjoy your weekend!

Saya sudah...

Alhamdulillah ...lega rasanya,dah bayaq fitrah dah..so raya ni bley beraya dengan tenang ,biasanya fitrah ni slalu bayaq saat2 akhir waktu kecederaan tapi kali ni aku dah bayaq dah...fuhh lega

Time bayaq fitrah tadi terjadi suatu kisah antara aku ngan pakcik(petugas fitrah)

Pakcik : ahh nama anak
Aku: shazrul
pakcik: How to spell (sekali speaking london larr)
Aku: S H A Z R U L
Pakcik: hah berapa orang shazrul (maksudnya nak bayaq berapa orang)
Aku: saya sorang jer pakcik
Pakcik: sorang ja(kehairanan) ..bila nak dua orang
Aku: tak da rezeki gi (ayat standard,cover line -tersipu2 malu)
pakcik: hah ok meh kita akad dulu(fitrah lerr)
Aku: inilah wang bagi menggantikan harga beras fitrah yang wajib atas saya tahun ni kerana Allah ta'ala.
Pakcik: hah tahun ni sorang ,tahun depan mau dua orang pulak...
Aku: (senggeh jer larr)

Turr larr soalan2 cepumas yang senantiasa diajukan ,pakcik ni pun satu len kali bagitau larr nak rekemen sapa2 ka kat aku sedap sket dengaq

Apapun,saya telahpun menunaikan tanggungjawap saya anda bila lagi

Berbuka di lebuhraya

Minggu ni memang sibuk dan memenatkan,banyak pulak aktiviti aku..baru2 ni aku terpaksa berkejar ke Alor Setar(ada job sket) dalam perjalanan tersebut aku terpaksa jua berbuka di kawasan R&R jerr..
Beginilah keadaan lebuhraya yang masih lenggang tunggu lar 3-4 ari lagi...
Antara yang balik kampung awai

R&R dataran Gurun,Kedah...nampak menyelerakan dak...(makanan lerr)


Menanti saat2 berbuka

Sekali pandang bumbung tur cam bumbung muzium pun ada

Aku berbuka ngan nasi Dalcha yang ditapau dari pasar ramadhan Sungai Dua

Keindahan malam...

"Jauh perjalanan luas pandangan" btui lar kata orang tua2 ,bilamana aku berbuka diluar ni nampak beberapa perkara yang aku sendiri tak nah pikir,kat sini aku nampak pakcik/makcik cleaner ,pemandu2 lori/bas dan masyarakat luar bandar yang singgah berbuka yang mana bertungkus lumus mencari rezeki .kepenatan memang terpancar jelas di air muka mereka ,agak2 anak2 mereka paham dak apa yang ibubapa mereka buat and appriciate dak..kita patut bersyukor yang keluarga sentiasa bersama kita ..pada yang merantau tur jika ada peluang balik lerr kampung and gunakan kesempatan dikala masih ada..













Monday, September 7, 2009

Pantas sungguh masa berlalu

2-3 ari ni rasa cam cepat lak solat sunnat teraweh ni selesai..patutlar dah masuk 17ramadhan dah pun...sat ja kan dah nak raya pulak.
Tapi harus diingat satu lagi kewajipan .."ZAKAT FITRAH"..yang ni selalu gak orang terlupa or buat-buat lupa,tang nak beli baju raya,buat kuih raya,tukar langsir,tukar kusyen n etc ingat tapi bab ni slalu tertinggai..so ,jangan dok buat lupa na...

Berikut jumlah bayaran zakat bagi negeri-negeri di Malaysia bagi tahun 2009 (kecuali Kelantan dan Wilayah):
Selangor, Pahang, Perak, Kedah dan Pulau Pinang - RM7
Terengganu - RM5, RM7 dan RM8
Johor - RM5 dan RM7.50
Sabah - RM6.60
Negeri Sembilan - RM6.50
Melaka - RM6.30
Sarawak dan Perlis - RM6

PENGERTIAN ZAKAT FITRAH
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

SYARAT WAJIB ZAKAT
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
1.Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
2.Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
3.Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
4.Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.


*info dari Pusat Zakat Selangor

Saturday, September 5, 2009

Majlis Berbuka: GiatMara Kelas 2005

Disinilah tempat majlis berbuka posa bersama geng Giat Mara PW1/A0 kelas 2005 iaitu Pen-Mutiara berdekatan ngan perlabuhan LKIM Batu Maung..aku tataw lak kat sini ada restoran kari kepala ikan,cantek lak tempat ni...

Juadah utamanya pun mestilah kari kepala ikan,kuah dia peeerrgghh..PEKAT,LIKAT,MELEKAT..slluurrrpp...terlioq siot...

Keadaan juadah yang masih terkawal

Antara anggota yang mai...ada yang mai dari kulim,kepala batas,balik pulau..ratalah..

Allahuakhbar..Allahuakhbar...sekarang masuknya waktu berbuka bagi negeri pulau pinang...apalagi..mencekik lerr...pada mulanya aku guna garpu n spoon larr kononnya nak control sopan,tapi bila tengok kiri kanan dok buboh tak ingat punya ,mana bley blah...aku pun pakai free hand larr..

Depa ni cam posa seminggu tak makan tak sampai 3minit...clear...!!

Tak mahai tak murah..RM25 sorang..tapi perasan dak kat baris no 2 bil turr "Kelapa Ikan" bukannya Kepala Ikan..kuang!kuang!kuang!..kantoi

Ni aktiviti biasa kaum adam,lepas makan mesti pelekat rokok yang heran bila siang posa leh lak tahan...

Selain menjamu selera,menjamu mata disini jugak ada diselingkan ngan hiburan..kalau ada wish song nak diperdengarkan bley bagi kat abang pkai songkok turr..

Tercapai gak rancangan majlis buka posa ni,acara ni dah berlanjutan selama 4 tahun,untuk pengetahuan semua geng member ni akan berjumpa setahun sekali ja iaitu pada majlis berbuka posa ..macam ari ni...
Kalau nak diikutkan makanan yang disediakan turr tak cukup untuk kami tapi disebabkan keletah n kelaku masih2 yang ntahapapa turr membuatkan majlis jadi happenin,bley dikatakan kami kenyang ngan gelak jarr








Friday, September 4, 2009

Keputusan Majlis Berbuka posa

Majlis berbuka posa (LKTA:tempat keja aku)ni dh jadi acara tahunan dah dan seperti biasa yang minta suh buat ni ramai tapi bila time nak dekat2 majlis tur ramai jugak yang tarik diri..macam2 lak alasan turr
kali ni kami rancang awai sket walaupun pada mulanya aku cam malaih nk join dah ..iye lah tiap2 tahun yang mai pun 5-6orang ja..mana syok cemni

Disebabkan bajet selalu menjadi penghalang untuk berbuka bersama ni so ,kami bertindak untuk mangecil kan jurang bajet tur..carilah restoran yg selalu diunjungi orang ramai larr.Kalau tengok kat carta undi turr semua tempat turr kami dah penah p pun tak pa larr atas semangat persahabatan or supaya mengeratkan lagi tali silaturrahim kami jayakan jugak ..actually restoran2 ni not bad gak taw,cumanya dah selalu sangat p ja...

Macam biasa peserta2nya tak sampai sedozen pun nampak ja kat vote turr lebih ,member2 tolong vote larr turr..anyway tahniah kepada peserta yang layak kepusingan seterusnya pada yang tak join turr jangan terkejut pulak kami sebenarnya ada suprise...kuang!kuang!kuang!...
Majlis tahun ni bertambah seri apabila ada beberapa rakan artis akan menemani kami ..hahah jangan jeles...
Tau dak sapa nak join...hahahha...Fasha Sanda dan Rozita Che Wan turr...peerrrgghh...
Oopss! sori registration dah tutup,kalau ampa pandai amek ati aku ..cubalah
Tunggu cerita seterusnya...tuuuunngggu...









Thursday, September 3, 2009

Apa ada dalam Hidung

Ampa penah kena resdung dak?? kalau nak taw apa tur resdung check this out



18SG:kepada ibu2 mengandung dan kanak2 tak cukup umoq dinasihatkan supaya tidak melayan video ini,tapi kalau nak layan jugak segala risiko tanggung sendiri..cheq tataw arr

Tuesday, September 1, 2009

Pasar Ramadhan

Hah bila setat ja posa mesti teringat nak pi pasar ramadhan,maklumlah setahun sekali..disebabkan sibuk keja and kena lak ujan sentiasa maka payah lar nak singgah pi pasar ramadhan ni...Nak jadikan cerita baru ni aku berpeluang untuk pi sana ...yeah!
Pasar ramadhan bayan baru terletak bersebelahan ngan Masjid Saidina Umar al-Khatab ialah pasar ramadhan yang paling famous di penang.

Macam2 juadah bley jupa kat sini..tapi apa juadah paling best kat sini arr..


Rasanya bukan juadah yg best kat sini tapi awek2 yg mai singgah kat semua “mari-mari”,atau dengan erti kata lain;mungkin pahala posa kita 50% bley ilang kat sini saja..kuang kuang kuang...melawak jer..

Ni kalau mai bajet rm10 ni selalu jadi lebih ni...
Nampaknya taktik tawar menawar di saat akhir menjadi...time ni larr depa nak kasi abiss


Kalau belah tanah besar or belah seberang ,pasar ramadhan seberang jaya(seri tenggiri nama baru) lar antara paling ramai dikunjungi


Apa yang menarik kat sini ialah ayam madu golek..bukan awek yang datang bergolek turr lain maknanya..posa bro posa..
Yang jual juadah tur pun apa bley buat...lawa
Tak semestinya yang orang ramai kerumun turr sedap...

Time ni larr nak tunjuk kasih sayang...mai ngan awek
Sebenarnya ramadhan ni adalah bulan favorite aku pasai pa..di bulan ni tak kira lah anda seorang engineer ,manager bank ,lawyer,technician,presiden,tok imam ,pengemis...semua mempunyai satu perasaan yang sama iaitu LAPAR...jadi apa bezanya kita???...IMAN dan AMAL